Sunday, July 6, 2008

Sunnnah dan bid’ah di bulan muharam

Posted by ummu umair in Ustaz Rasul Bin Dahri.
add a comment

Oleh Ustaz Rasul Bin Dahri
(Dengan sedikit tambahan dari sumber
yang lain)
http://fiqh-sunnah.blogspot.com

SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI
KE-10 DI BULAN MUHARAM)

Pada mulanya puasa Asyura adalah
termasuk puasa yang fardu, namun setelah
diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan,
maka puasa Asyura menjadi sunnah,
sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ
فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا
هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى
اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ،
قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ
بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi
wa-sallam datang ke Madinah, maka
baginda melihat orang-orang Yahudi
berpuasa di hari Asyura, lalu baginda
bertanya: hari apakah ini? Mereka
menjawab: Ini adalah hari yang baik,
hari dimana Allah menyelamatkan Bani
Israil dari musuh mereka, lalu Musa
berpuasa pada hari itu. Baginda
bersabda: Aku lebih berhak terhadap
puasa Musa dari kamu sekalian. Maka
baginda berpuasa dan memerintahkan
berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004)
dan Muslim (1130))

كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى
الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ
الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا
فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ
صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah
berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah
juga berpuasa pada hari Asyura di zaman
Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke
Madinah, maka baginda berpuasa pada hari
tersebut dan menyuruh orang ramai
berpuasa. Maka setelah puasa bulan
Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan
puasa Asyura, baginda bersabda:
Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan
barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan
puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari
(2002) Muslim (1125))

عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ
يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ
شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Hari ini adalah hari Asyura,
tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa,
tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa
yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan
barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia
boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)

اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ،
وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa
Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang
diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal
solat selepas solat fardu ialah solat
malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163).
Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906).
Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi
(2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra
(4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam
Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395).
Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan
Ibnu Khuzaimah (1134))

سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ
الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ
فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ
رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang
paling utama selepas solat wajib?
Baginda bersabda: Solat di jauh malam.
Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang
lebih utama selepas puasa Ramadan?
Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah
yang kamu panggil Muharam”. (Hadis
Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ
صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa
Asyura, maka baginda bersabda: Ia
menghapuskan dosa setahun yang lalu”.
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9
dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda
bersabda:

لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ
عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ
اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ :
فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ .
قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan
menyuruh orang ramai berpuasa, maka para
sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura
adalah hari yang diagung-agungkan oleh
orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka
baginda bersabda: Jika datang tahun
hadapan kita akan berpuasa pada hari
Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam).
(Berkata Ibn Abbas) Maka belum tiba
tahun hadapan, Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis
Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Sebagai kesimpulannya, adalah
disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan
ke-10 di bulan Muharam.

PENDAPAT IMAM SYAFIE

Sebenarnya berpuasa pada hari Asyura
tidak boleh dianggap sebagai menyerupai
Yahudi, kerana orang-orang Quraisy telah
berpuasa sejak zaman jahiliyah
sebagaimana hadis Nabi s.a.w.:

كَانَ يَوْمٌ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمَهُ قُرَيْشٌ فِى
الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ . فَلّمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ
النَّاسَ بِصِيَامِهِ

“Orang-orang Quraisy zaman jahiliyah
berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah
berpuasa pada hari tersebut. Setelah
baginda mendatangi Madinah, maka baginda
berpuasa pada hari itu dan menyuruh
orang ramai berpuasa”. (Hadis Mutaffaq
‘alaihi)

Adapun hadis di bawah ini adalah hadis
lemah:

Imam Syafie rahimahullah telah menghukum
sunnah berpuasa pada hari ke-9, ke-10
dan ke-11 Muharam. Imam syafie berpegang
dengan hadis dari Ibnu Abbas:

صُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالْعاَشِرَ وَلاَ تُشَبِّهُوْا بَالْيَهُوْدِ

“Berpuasalah kamu pada hari kesembilan,
hari kesepuluh dan hari kesebelas (di
bulan Muharam), janganlah kamu
menyerupai Yahudi”. (Hadis Riwayat Ahmad
dan Baihaqi)

صُوْمُوْا يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَخَالِفُوْا الْيَهُوْدَ وَصُوْمُوْا
قَبْلَهُ يَوْمًا اَوْبَعْدَهُ يَوْمًا

“Berpuasalah pada hari Asyura dan
janganlah kamu menyerupai Yahudi,
berpuasalah pada hari sebelumnya atau
sehari sesudahnya”. (Hadis Riwayat Ahmad
(1/241)). Dua hadis ini terdapat dalam
kitab Al-Umm dan juga dalam kitab
Al-Jami’us as-Saghir oleh Imam
as-Suyuti. Namun, Sheikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani rahimahullah telah
melemahkan (mendhaifkan) kedudukan hadis
ini. Oleh yang demikian maka tidak
wajarlah beramal dengan dua hadis ini.

Maka, yang sunnahnya adalah berpuasa
pada hari ke-9 dan 10 Muharam atau 9
muharam, atau 10 Muharam sahaja. Wallahu
a’lam.

AMALAN-AMALAN BID’AH (YANG DIREKA CIPTA)
SEMPENA BULAN MUHARAM

Menghidupkan penutup tahun Hijrah (bulan
al-Qamariyah), iaitu penghujung (hari
akhir) bulan Zulhijjah dengan berpuasa
pada siang harinya, bersolat khusus,
membaca surah Yasin beramai-ramai
(kebiasaannya khatam dua kali), berzikir
serta membaca doa-doa khusus
beramai-ramai pada sebelah petang atau
malamnya, ini semua adalah perbuatan
bid’ah (amalan berbentuk agama yang
direka cipta) yang sama sekali tidak
pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak
pernah ada perintah dari baginda malah
tidak ada asal usulnya dari syara’.

Begitu juga mengerjakan puasa khusus,
mandi yang menyerupai mandi hadas,
bersuci, bersolat khusus, mengadakan
majlis membaca surah Yasin, berzikir
beramai-ramai, berdoa dengan doa-doa
khusus dan memberi kelepasan (seperti
berhari raya) untuk keluarga pada siang
atau malamnya, yang mana ini semua
dilakukan semata-mata menyambut sempena
pangkal tahun (awal tahun) Hijrah (1hb.
Muharam). Maka semuanya itu adalah
perbuatan yang menyalahi sunnah (bid’ah)
kerana tidak pernah dicontohkan oleh
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi
wa-sallam, tidak pernah dilakukan oleh
para sahabat, para tabi’in, para tabi’ut
at-tabi’in serta para Salaf as-Soleh
(generasi awal Islam).

Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh
pembuat bid’ah dan ditambah
pengertiannya mengikut hawa nafsu
mereka, maka semua hadis-hadis tersebut
merupakan hadis-hadis lemah, palsu atau
hadis-hadis mungkar belaka. Antara
hadis-hadis tersebut:

عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ صَامَ اَخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِى الْحِجَّةِ
وَاَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَمَ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ
وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبِلَةَ بِصَوْمٍ جَعَلَهُ اللهُ
كَفَّارَةَ خَمْسِيْنَ سَنَةً

“Dari Ibn Abbas berkata: Telah bersabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
Barangsiapa berpuasa pada hari akhir
bulan Zulhijjah dan hari pertama di
bulan Muharam, maka sesungguhnya dia
telah menghabiskan tahun yang lalu dan
memulakan tahun baru dengan puasa yang
Allah jadikannya sebagai penghapus
dosanya lima puluh tahun”. (Hadis
palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. Oleh Ibnul
Jauzi. Berkata Ibnul Jauzi bahawa hadis
ini palsu (maudhu’))

AMALAN-AMALAN BID’AH DI HARI ASYURA
(Hari Ke-10 Bulan Muharam)

Terdapat juga umat Islam yang
menghidupkan malam Asyura dengan
bersolat, berzikir dan doa-doa yang
khusus. Perbuatan ini adalah berpandukan
hadis palsu sebagimana hadis di bawah ini:

مَنْ اَحْيَى لَيْلَةَ عَاشُوْرَاءَ ، فَكَاَنَّمَا عَبَدَ اللهَ
تَعَالَى بِمِثْلِ عِبَادَةِ اَهْلِ السَّمَوَاتِ. وَمَنْ صَلَّى
اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَاُ فِى كَلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُ للهِ مَرَّةً
، وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ ، غَفَرَ اللهُ
لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا مَاضٍ وَخَمْسِيْنَ عَامًا
مُسْتَقْبِلٍ ، وَبُنِيَ لَهُ فِى الْمَثَلِ اْلاَعْلَى اَلْفُ اَلْفِ
مِنْبَرٍ مِنْ نُوْرٍ

“Barangsiapa menghidupkan malam Asyura,
maka seakan-akan ia beribadah kepada
Allah seperti ibadahnya para penghuni
segala langit. Dan barangsiapa bersolat
empat rakaat, pada setiap rakaat ia
membaca Fatihah sekali, surah al-Ikhlas
lima puluh kali, maka Allah mengampuni
dosa-dosanya lima puluh tahun yang telah
lalu dan lima puluh tahun yang akan
datang, dan dibina untuknya di
Al-Mathalul-A’la (syurga) sebanyak lima
juta mimbar dari cahaya”. (Hadis palsu).
(Lihat: Al-Maudhu’at. 11/122)

Adalah suatu amalan bid’ah bagi sesiapa
yang berpuasa sejak awal Muharam
sehingga kesembilan hari bulan Muharam.
Mereka yang mengamalkan puasa ini adalah
berpegang dengan hadis palsu:

مَنْ صَامَ تِسْعَةَ اَيَّامٍ مِنْ اَوَّلِ الْمُحَرَّمِ ، بَنَى
اللهُ لَهُ قُبَّةً فِى الْهَوَاءِ مِيْلاً فِى مِيْلٍ لَهَا
اَرْبَعَةُ اَبْوَابٍ

“Barangsiapa berpuasa sembilan hari
sejak awal Muharam, maka Allah akan
membina untuknya sebuah kubah di udara,
luasnya satu batu persegi dan mempunyai
empat buah pintu”. (Hadis palsu). (Hadis
Palsu. Lihat: Al-Fawaid. Hlm. 96)

Umat Islam yang merayakan hari Asyura,
mendahulukan hari tersebut dengan
bersuci, mandi dan bercelak. Hakikatnya
mereka tidak menyedari bahawa hadis yang
mereka gunakan adalah hadis palsu:

مَنِ اغْتَسَلَ وَتَطَهَّرَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَمْرَضْ فِى
سَنَتِهِ اِلاَّمَرَضَ الْمَوْتِ

“Barangsiapa mandi dan bersuci pada hari
Asyura, maka dia tidak akan sakit pada
sepanjang tahun itu, kecuali sakit
mati”. (Hadis palsu). (Lihat: Majmu’
Fatawa. 11/248. Ibn Taimiyah. Lihat:
Tamamul Minnah. Hlm. 410-412. Sheikh
Muhammad Nashiruddin al-Albani.
Al-Ibda’. Hlm. 269. Ali Mahfuz)

مَنِ اكْتَحَلَ بِاْلاُثْمُدِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَرْمِدْ اَبَدًا

“Barangsiapa bercelak mata dengan arang
celak dihari Asyura, maka ia tidak akan
sakit mata buat selama-lamanya”. (Hadis
palsu). (Dinyatakan palsu oleh
Ibnul-Jauzi dalam Al-Maudhu’at 11/203.
Lihat: Majmu’ Fatawa 11/248. Ibn Taimiyah)

Selepas mandi dan bersuci dipagi Asyura,
terdapat juga umat Islam yang menjadikan
hari Asyura sebagai hari raya kaum
Muslimin dengan menjadikannya hari
kelepasan dan menyediakan makanan
tertentu, (antaranya menyediakan bubur
Asyura. (Menasabkan bubur Asyura kepada
perbuatan Nabi Nuh ‘alaihi salam adalah
suatu pembohongan yang keterlaluan.
Setelah selamat dari taufan dan banjir
besar, Nabi Nuh tidak pernah menyuruh
pengikutnya memakai celak dan
menyediakan makanan berupa bubur Asyura
yang dikutip dari sisa-sisa bijirin)
Pent). Ini merupakan talbis (perangkap)
syaitan kepada orang-orang awam
sedangkan perbuatan tersebut menyerupai
perbuatan orang-orang Yahudi di Khaibar.
(Lihat: Al-Ibda’. Hlm. 269. Ali Mahfuz)
Perkara ini telah diterangkan dalam
hadis Muslim:

كَانَ اَهْلُ خَيْبَرَ يَصُوْمُوْنَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ،
وَيَتَّخِذُوْنَهُ عِيْدًا وَيُلْبِسُوْنَ نِسَاءَ هُمْ فِيْهِ حُلِيَّهُمْ
وَشَارَتُهُمْ

“Adalah penduduk Khaibar (Kaum Yahudi)
berpuasa pada hari Asyura, mereka
menjadikannya sebagai Hari Raya dan
mereka memakaikan wanita-wanita mereka
dengan perhiasan dan pakaian mereka yang
cantik-cantik”. (Hadis Riwayat Muslim)

Berpuasa dihari Asyura adalah amalan
sunnah, tetapi menambahnya dengan
menjadikannya sebagai Hari Raya adalah
perbuatan bid’ah kerana menyerupai
amalan Yahudi sebagaimana dijelaskan
oleh hadis sahih di atas.

Terdapat juga umat Islam yang
mengerjakan solat tertentu disiang hari
Asyura atau dimalam harinya. Mereka
melakukan perkara bid’ah ini lantaran
berpandukan kepada hadis palsu
sebagaimana di bawah ini:

مَنْ صَلَّى فِيْهِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، يَقْرَاُ فِى كُلِّ رَكْعَةٍ
اَلْحَمْدُللهِ مَرَّةً ، وَقُلْ هَوَ اللهُ اَحَدٌ اِحْدَى
وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا

“Barangsiapa bersolat padanya empat
rakaat, membaca al-Fatiha sekali pada
tiap-tiap rakaat, surah al-Ikhlas lima
puluh kali, maka Allah akan mengampunkan
dosanya lima puluh tahun”. (Hadis palsu.
Lihat: Al-Ibda’ fi Madaril Ibtida’.
Asy-Syeikh Ali Mahfuz)

فِى يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ تَابَ اللهُ عَلَى آدَمَ ، وَعَلَى
اَهْلِ مَدِيْنَةِ يُوْنُسَ ، وَفِيْهِ وُلِدَ اِبْرَاهِيْمُ ، وَفِيْهِ
وُلِدَ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ ، وَفِيْهِ فُرَّقَ الْبَحْرُ لِمُوْسَى
وَبَنِيْ اِسْرَائِيْلَ وَجَرَتْ السَّفِيْنَةُ وَآخِرُ ذَلِكَ يَوْمُ
الْعَاشُوْرِ لِعَشْرِ مَضَيْنِ مِنَ الْمُحَرَّمِ وَسْتَوَتْ عَلَى
الْجُوْدِيِّ فَصَامَ نُوْحٌ وَاَصْحَابُهُ وَالْوَحْشُ مَعَهُ شُكْرًا
للهِ عِزَّ وَجَلَّ

“Pada hari Asyura Allah menerima Taubat
Adam dan taubat penduduk kota Nabi
Yunus. Pada hari Asyura dilahirkan
Ibrahim dan padanya pula dilahirkan Isa
bin Maryam. Pada hari Asyura Lautan
Merah dibelah untuk Nabi Musa dan Bani
Israil dan kapal Nabi Nuh belayar dan
berakhir pada sepuluh Muharam. Dan dia
berlabuh di atas bukit Judi. Nabi Nuh
dan para sahabatnya dan
binatang-binatang liar lalu berpuasa
kerana bersyukur kepada Allah Azza
wa-Jalla. Demikian juga
binatang-binatang yang ada bersama-sama
di atas bahtera itu turut sama
berpuasa”. (Hadis palsu). (Lihat:
Tanzihus as-Syariah. 11/150)

Berkata Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah lagi:

“Tidak terdapat sebarang hadis sahih
dari Nabi s.a.w. atau sahabat-sahabat.
Tiada Imam mazhab tau Tabi’en yang
mensunnahkan perkara-perkara ini; sama
ada ia diriwayatkan oleh hadis dhaif
(lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan
atau Al-Musnad. Tiada hadis yang masyhur
diketahui mengenainya pada abad yang
awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada
hadis yang meriwayatkan seperti
:{barangsiapa yang memakai celak pada
matanya pada hari Asyura tidak akan
mendapat penyakit mata pada tahun itu,
dan barangsiapa yang mandi pada hari
Asyura tidak akan dapat penyakit pada
tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga
riwayat yang menunjukkan bersolat pada
hari Asyura, dan ada riwayat lain yang
menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi
Adam bertaubat, Bahtera Nuh mendarat di
Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada
Nabi Yaakub, Ibrahim diselamatkan dari
api, kibas di ganti sebagai binatang
sembelihan menggantikan Nabi Ismail, dan
sebagainya. Mereka juga meriwayatkan
sebuah hadis palsu yang mendustakan
Rasulullah s.a.w. berkata: {barangsiapa
yang bermurah hati kepada keluarganya
pada hari Assyuura, Allah akan bermurah
hati kepadanya sepanjang tahun}”.

Bagi perkara lain, seperti memasak
makanan khas dengan atau tanpa bijirin,
atau memakai baju baru, membelanjakan
wang untuk keluarga, atau membeli
bekalan tahunan untuk hari tersebut,
melakukan solat-solat tertentu atau
amalan-amalan tertentu, menyembelih
binatang pada hari itu, menyimpan daging
yang akan dimasak bersama bijirin, atau
memakai celak atau henna, mandi,
berjabat tangan diantara satu sama lain,
menziarahi seseorang, menziarahi masjid
dan kubur-kubur (mashhad) dan
sebagainya….. kesemua ini adalah
bid’ah dan salah. Tiada diantaranya yang
ada kena mengena dengan sunnah
Rasulullah s.a.w. atau Khulafah
al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh
mana-mana imam, tidak malik, tidak
at-Tsauri, tidak al-Layth ibn Sa’d,
tidak Abu Hanifah, tidak al-Auzaa’i,
tidak asy-Syafie, tidak Ahmad ibn
Hanbal, tidak Ishaaq ibn Rahawayh, dan
tiada mana-mana dikalangan Imam dan
ulama’ Islam……” (Ringkasan dari
Fatawa Al-Kubra oleh Sheikh al-Islam
Ibnu Taimiyyah Jil. 5)

PERSOALAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir
tahun dan awal tahun, di sana tidak
terdapat sebarang hadis yang
tsabit/sahih/diterima yang menyebut
tentang amalan membaca doa akhir tahun
dan doa awal tahun dengan jaminan
penghapusan dosa setahun yang lepas,
sebagaimana yang diamalkan oleh
sebahagian kelompok daripada umat Islam.

Demikian juga tidak ada hadis-hadis
sahih yang menyebut doa tersebut secara
khusus.

As-Sheikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya
al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ menyebut
bahawa kebanyakan hadis maudhu’ yang
berkaitan dengan amalan pada bulan
Muharam khususnya pada hari Asyura telah
dicipta oleh golongan pembunuh Husain
(kaum Syi’ah).

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah
Ibn al-’Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya
tidak sahih daripada Nabi s.a.w.
sebarang amalan pun pada hari Asyura
selain puasa Baginda.

Ada pun golongan Rafidhah melakukan
bid’ah dengan mengadakan upacara
berkabung demi melahirkan kesedihan di
atas pembunuhan Husain pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli
Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka
dengan membuat makanan daripada
biji-bijian/bijirin (bubur) dan memakai
celak, dan mereka meriwayatkan
hadis-hadis maudhu’ tentang bercelak
mata dan melapangkan pemberian makanan
dan pakaian kepada ahli keluarga.”

(Sheikh Ali Mahfuz, al-Ibda’ fi Madhar
al-Ibtida’ (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah,
Cet. 1, 2001), hal. 271)

Sebagai kesimpulan, tiada doa-doa yang
khusus yang dicontohkan melalui hadis
yang sahih bahawa Nabi s.a.w.
mengajarkannya kepada kita bagi tanggal
awal tahun dan akhir tahun sempena
menjelangnya Muharam.

Kepada pihak tertentu yang tetap
mempertahankan kebatilan, jika benar ada
doa-doa khusus di waktu awal/akhir
tahun, silakan mengutarakan dalilnya,
sumbernya, takhrij & sanad hadisnya,
siapa yang meriwayatkannya, dan siapa
ulama hadis yang mensahihkannya. Wallahu
a’lam…

AMALAN/BENTUK IDABAH YANG TIADA
HUJJAH/DALIL ADALAH BID’AH

Ingatlah! Tidak pernah ditemui
hadis-hadis sahih yang membolehkan
mengadakan apapun upacara majlis sempena
menyambut awal tahun. Begitu juga tidak
pernah diperintahkan supaya mengadakan
majlis zikir atau majlis-majlis tertentu
kerana mengucapkan selamat tinggal
kepada tahun-tahun yang telah berlalu.
Sesiapa yang melakukannya termasuk dalam
golongan yang ditergur oleh Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
dalam sabdanya:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa mengamalkan/melakukan satu
amal yang bukan perintah kami, maka amal
itu tertolak (bid’ah)”. (Hadis Riwayat
Muslim)

مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَى غَيْرِ اَمْرِنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa yang mencipta sesuatu
perkara yang bukan dari perintah kami,
maka ia tertolak”. (Hadis Riwayat Ibnu
Majah)

مَنْ اَحْدَثَ فِى اَمْرِنَا هَذَا مَالَيْسَ مِنْهُ فَهُوْ رَدٌّ

“Barangsiapa yang menambah/mengadakan
yang baru dalam urusan kami ini, maka
tambahan yang bukan dari kami itu
tertolak”. (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim dan Abu Daud)

Tertolak kerana setiap tambahan itu
adalah bid’ah sebagaimana sabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

اِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ،
وكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ ،
وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ

“Aku peringatkan kamu sekalian tentang
perkara-perkara yang baru/yang
diada-adakan, kerana setiap yang
diada-adakan itu bid’ah, setiap yang
bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat
itu di neraka”. (Hadis Riwayat Muslim,
An-Nasai’i dan Ahmad)

p/s: articles taken from Masri’s Buletin

No comments: