Sunday, July 6, 2008

Kuliah Tafsir Oleh Ustaz Abdullah Yasin, di Madrasah Al-Wahidah, Kuantan, 15 Desember 2007.

“Mengapa Rasulullah S.A.W. sangat rindukan Makkah.”

Baginda S.A.W. sangat rindukan Makkah bukan kerana Makkah sebagai tempat kelahiran baginda, tetapi kerana terdapat Ka’abah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.. Dari jalur keturunan Nabi Ismail a.s datangnya Rasulullah S.A.W. .Berbeza dengan Masjidil ‘Aqsa, ia adalah dari jalur Nabi Ishak a.s. Dari jalur Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ishak a.s kemudian datangnya Yahudi. Bani Israel, Yahudi dan Nasrani menghadap ke Masjidil ‘Aqsa. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W. adalah dari keturunan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, mereka berdua yang membina Ka’abah di Makkah. Itulah sebabnya mengapa baginda S.A.W sangat dekat dengan Ka’abah berbanding Masjidil ‘Aqsa. Dari ayat Al-Baqarah 127-130, dapat disimpulkan bahawa:1) Kita digalakkan agar memohon (berdoa) kepada Allah S.W.T. setiap kali selesai ibadat kerana Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s berbuat demikian setelah selesai membina Ka’abah. Tetapi, ada ulama’ yang mengatakan doa selepas salam dan ada yang mengatakan berdoa sebelum salam. Nabi S.A.W. menyuruh orang yang melakukan solat untuk memilih sesuai dengan keinginannya (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim). Kata Prof. Hasbi As-Siddiq, “Memohon di dalam solat adalah lebih baik kerana kita sedang menghadap Allah S.W.T.” Tempat yang paling baik untuk berdoa adalah ketika sujud dan sebelum salam. Kalau tidak mampu mengungkapkan dalam bahasa Arab, apa yang kita unkapkan dalam hati pun Allah S.W.T. dengar”. Mana-mana ayat Al-Quran jangan kita mohon ketika ruku’ dan sujud kerana Nabi larang membaca ayat Al-Quran ketika ruku’ dan sujud kerana kedua-duanya dalam posisi yang rendah. Tidak wajar kalam Allah S.W.T. yang Maha Tinggi dibaca di tempat yang rendah. Tetapi ada tempat lain yang boleh dibaca iaitu sebelum salam. Namun demikian tidak salah bila habis salam kita angkat tangan membaca doa.2) Sebagai tugasan insan untuk melaksanakan amal soleh seperti yang diarahkan. Hak Allah S.W.T. untuk membuat penilaiannya. Apabila menunaikan solat, ia boleh membawa kita kepada kejayaan. Tetapi solay yang macam mana? Iaitu solat yang memenuhi 3 syarat yang disyaratkan oleh 3 ungkapan dalam azan sebelum “haiya ‘alassolah”. i) Allahuakbar (2X) – melambangkan Islam serta membesarkan Allah S.W.T. dalam pengertian yang sebenar.ii) Asyhadu an lailahaillallah – Muslim dan ikhlas.iii) Wa asyhadu annamuhammad rasulullah – Solat ikut cara Rasulullah S.A.W. Apabila memenuhi 3 syarat yang tersirat dalam 3 ungkapan ini, barulah solat kita membawa kejayaan. Namun, orang Islam bapabila bersolat, belum tentu lagi akan membawa kejayaan jika dia tidak ikhlas. Tetapi jika muslim dan ikhlas, solat tetap tidak akan diterima jika tidak mengikut cara Rasulullah S.A.W. Kiaskanlah solat dengan mana-mana amalan lain, barulah ia membawa kejayaan.3) Jangan membatasi doa hanya kepada diri sendiri, tetapi juga untuk zuriat-zuriat dan keturunan kita agar menjadi manusia yang tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T.4) Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s memohon agar Allah S.W.T. menunjukkan cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kepada mereka. “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah: 128) Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s memohon agar Allah S.W.T. mengutuskan Rasulullah S.A.W. ke negeri Makkah yang sifat-sifatnya:a. Membaca ayat-ayat Allah S.W.T. b. Mengajar mereka al-kitab (al-Quran) dan al-hikmah (sunnahnya)

c. Mensucikan mereka dari segala kesyirikan, kekufuran, kejahatan serta budi-pekerti yang tidak baik.

Dalam solat, selawat Nabi pada umumnya menyebut nama Ibrahim disertai menyebut keluarganya. Ini menunjukkan bahawa Nabi S.A.W sangat dekat dengan Nabi Ibrahim a.s. Allahu’alam.

p/s: Rakaman kuliah Ust Abdullah Yassin boleh download di www.audiosunnah.blogspot.com

No comments: