“Kami berkati Ibrahim dan Ishak. Di antara anak cucu keduanya (keturunan), ada yang berbuat baik dan ada pula yang zalim kepada dirinya denyan nyata.”(As-Saffaat:113)
Para ulama’ tafsir berbeza pendapat tentang makna cubaan Allah S.W.T. pada Ibrahim. Antaranya ada yang menyatakan ujian Allah S.W.T. itu adalah haji, bintang, bulan, matahari, menipiskan kumis, berkumur-kumur, istinsyak, bersugi etc. Zalim terbahagi kepada 3 jenis:
zalim yang Allah S.W.T. tak akan ampun; syirik.
zalim yang Allah S.W.T. akan ampun jika Dia kehendaki; dosa-dosa besar selain syirik.
zalim yang Allah S.W.T. berlepas diri daripadanya; zalim antara insan dengan insan.
Lawan makna zalim adalah adil. Adil bukan maknanya bila menimbang sama berat, mengukur sama panjang, tetapi ia bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya meletakkan guru di tempat sedikit tinggi daripada muridnya, meletakkan ketayap di kepala, meletakkan selipar di kaki, membeli baju untuk anak-anak mengikut saiz badan mereka dan sebagainya. Oleh itu, syirik juga adalah zalim. Mengapa dikatakan syirik sebagai zalim? Allah S.W.T. yang menciptakan kita, air yang kita minum, dan segalanya kepada kita. Tiba-tiba kita menyembah lembu, patung dan makhluk lain. Adakan itu adil? Ini menunjukkan kita tidak adil dan zalim. Zalim adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Orang kafir juga mengakui Allah S.W.T. yang menciptakan dan mematikan segalanya tetapi sayangnya mereka tidak takut pada Allah S.W.T.
Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i’tikaf, yang ruku’ dan yang sujud”. (Al-Baqarah:125)
Dalam surah Al-Baqarah ayat 125, Allah S.W.T. telah mengangkat Nabi Ibrahim sebagai imam bagi seluruh manusia. Nabi Ibrahim telah memohon agar pangkat imamnya itu dianugerahkan kepada keturunannya di kemudian hari. Doa baginda dikabulkan oleh Allah S.W.T. Buktinya, majoriti yang diangkat menjadi rasul adalah dari keturunan Nabi Ibrahim. Gelaran Nabi Ibrahim adalah nabi dan rasul. Allah S.W.T. jadikan baitullah sebagai tempat berkumpul bagi manusia sejak dahulu lagi dan Makkah tempat yang aman, dijadikan sebahagian makam Ibrahim menjadi tempat solat (Ialah tempat berdiri Nabi Ibrahim a.s. diwaktu membuat Ka’bah), Ibrahim diiktiraf oleh semua yahudi, nasrani dan muslim, serta diperintahkan Ibrahim dan Ismail supaya membersihkan rumah Allah S.W.T. untuk orang-orang yang tawaf, iktikaf, ruku’ dan sujud. Buktinya Rasulullah S.A.W. diutus untuk membersihkan Ka’abah dari penyembahan berhala-berhala (najis maknawi), najis hissi (kata-kata lucah), dan najis-najis lain.
Dalam suatu riwayat dikemukakan, Umar menerangkan bahwa pendapatnya bersesuaian dengan firman Allah di dalam tiga perkara, yaitu:
(1) ketika ia mengemukakan usul. “Wahai Rasulullah, tidakkah sebaiknya tuan jadikan maqam (tempat shalat) Ibrahim ini menjadi tempat shalat.” Makan turunlah ayat tersebut di atas (S. 2: 125) (Sejak itu maqam Ibrahim as dijadikan tempat berdirinya Imam bagi orang-orang yang shalat di Masjidil Haram dan disunatkan shalat sunah thawaf di tempat tersebut).
(2) ketika ia mengusulkan: “Telah berkunjung kepada istri-istri tuan orang baik dan orang jahat. Bagaimana sekiranya tuan memerintahkan agar supaya dipasang hijab (penghalang).” Maka turunlah ayat hijab (S. 33: 53).
(3) ketika Rasulullah SAW diboikot oleh istri-istrinya karena cemburu, maka Umar ra berkata kepada mereka: “Mudah-mudahan Tuhan-Nya akan menceraikan kamu, dan menggantikan kamu dengan istri-istri yang lebih baik daipada kamu.” Maka turunlah ayat lainnya (S. 66: 5) yang membenarkan peringatan Umar terhadap istri Nabi. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan yang lainnya, yang bersumber dari Umar.)
Dalam riwayat lain dikemukakan ketika Rasulullah SAW thawaf, berkatalah Umar kepadanya: “Ini adalah maqam (tempat shalat) bapak kita Ibrahim.” Nabi bersabda: “Benar.” Umar berkata lagi: “Apakah tidak sebaiknya kita jadikan tempat shalat?” Maka Allah SWT menurunkan ayat tersebut di atas (S. 2: 125). (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Marduwaih yang bersumber dari Jabir.)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa Umar bin Khaththab ra lewat di maqam Ibrahim AS bersama Rasulullah SAW, dan ia bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kita tidak berdiri shalat di tempat shalatnya kekasih Tuhan?” Rasulullah SAW menjawab: “Benar.” Kemudian Umar berkata: “Apakah kita tidak jadikan tempat shalat?” Tiada lama kemudian turunlah ayat tersebut di atas (S. 2: 125) (Menurut dhahirnya, turunnya ayat ini pada hajjatul wada, yaitu haji terakhir bagi Nabi tahun 10 Hijriyyah atau tahun 633 masehi). (Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih dari ‘Amr bin Maimun yang bersumber dari Umar bin Khaththab.)
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: “Dan kepada orang yang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”.(Al-Baqarah:126)
Dalam surah Al-Baqarah ayat 126, Nabi Ibrahim telah berdoa supaya tanah haram diberi keamanan, juga menerangkan sifat-sifat orang yang berhak mewarisinya adalah orang yang beriman kepada Allah S.W.T. dan hari kemudian, serta diberikan rezeki daripada buah-buahan. Allah S.W.T. telah jadikan Makkah negeri yang aman sentosa, dijadikan buah-buahan sebagai rezeki kepada orang yang beriman. Di sini Ustaz Abdullah Yasin menyelitkan kisah Maryam yang diberi rezeki buah kepadanya. Imran adalah bapa kepada Maryam. Maryam adalah bahasa Ibrani yang bererti khadimatullah iaitu khadam perempuan Allah S.W.T. Ketika Imran meninggal, Maryam berada dalam kandungan ibunya. Ibunya bernazar untuk jadikan anak dalam kandungannya sebagai khadam masjidil Aqsa. Ibunya menawarkan kepada ulama’-ulama’ Yahudi untuk menjaga Maryam. Mereka berebut-rebut untuk menjaganya, kerana Imran adalah orang yang soleh. Di antara ulama’, ada yang namanya Zakariya iaitu bapa saudara Maryam. Isterinya adalah adik-beradik daripada emak Maryam. Lalu Zakariya pun berdiri dan berkata, “Akulah yang paling layak kerana aku adalah pakciknya.” Tetapi semua ulama’ tidak menerima kata-kata Zakaria. Lalu mereka mengundi dengan cara memanah ke Sungai Jordan. Panah yang paling lama timbulnya adalah yang paling layak untuk menjaga Maryam. Dengan kuasa Allah S.W.T. akhirnya Zakariya berjaya. Pada suatu hari, Zakariya masuk menemui Maryam, baginda melihat banyak buah-buahan dan bertanya “Dari mana rezeki ini engkau dapat?” Maryam menjawab semuanya datang dari Allah S.W.T. dan Allah S.W.T. beri kepada sesiapa yang dia kehendaki.
Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: “Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?” Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.(Ali ‘Imran:37)
Tetapi Allah S.W.T. menjelaskan bahawa janji-Nya tidak mengenal orang yahudi kerana kekafiran mereka, nikmat yang diberikan sementara di dunia sahaja. Allah membataskan nikmat hanya kepada orang yang beriman kepada allah dan hari kemudian. Sebagai contoh, Namrud telah memerintah selama 400 tahun tetapi berakhir dengan kehancuran. Ini menunjukkan ada zuriat Nabi Ibrahim yang zalim. Kita diminta menjauhkan diri daripada orang-orang zalim. Dalam surah Lukman, baginda menasihatkan anaknya:
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”(Luqman:13)
Pangkat imam tidak mungkin dicapai oleh keturunan Nabi Ibrahim yang zalim. Buktinya dalam At-Saffaat ayat 113.
Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang Zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata. (At-Saffaat:113)
Pada penghujung surah Al-Fatihah kita minta dijauhi dari golongan yang dimurkai dan golongan yang sesat.
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.(Al-Fatihah:7)
Yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai ialah Yahudi dan mereka yang sesat ialah Nasrani. Kata Yusof Al-Qaradhawi, walaupun Nabi S.A.W. tafsirkan orang yang dimurkai itu adalah Yahudi, tetapi ulama’ tafsir kata ia bukan khas utk Yahudi sahaja tetapi mana-mana manusia hatta umat Islam andaikata mempunyai sifat macam Yahudi, ilmu banyak tetapi tidak amalkan ia juga layak dimurkai Allah S.W.T. seperti Yahudi dimurkai. Begitu juga walaupun Nabi S.A.W. tafsirkan zalim itu dengan Nasrani dari sudut kejahilan dan kebodohannya, ini tidak bermakna yang sesat hanya untuk Nasrani sahaja tetapi mana-mana umat hatta umat Muhammad S.A.W. walaupun banyak beramal tetapi tidak menambah ilmu sehingga jahil juga dia akan sesat. Ini sesuai dengan kaedah ilmu tafsir:
“Al-‘imrah bi’umumil alfaz la bi khususil asbab”
“Pengajaran dalam al_quran adalah seumum lafaznya. Ia bukan khas untuk orang yang kerananya ayat itu diturunkan”
Sebagai contoh, ayat yang mengatakan celakalah Abu Lahab, ini termasuklah mana-mana yang menentang Rasulullah S.A.W.
Iman yang ada ini bukanlah jaminan hingga hari akhirat. Terdapat 2 cara untuk maintain iman iaitu ilmu yang bermanfaat (Al-Quran kalamullah, kalam Rasulullah S.A.W. dan Aqidah iaitu cabang ilmu yang paling tinggi) serta amalan soleh. Bersikaplah seperti yang dianjurkan dalam Al-Quran: “Kami dengar dan kami patuh.” Orang kafir bersikap: “Kami dengar dan kami tolak” terdapat 2 jenis penyakit hati iaitu degil dan jahil. Degil = tahu tetapi tak nak buat. Manakala jahil = tak tahu dan tak nak belajar. Kata Imam Ibn Qayyim, “Walaupun kedua-duanya tidak elok, tetapi degil lebih bahaya.” Athar sahabat r.a. “Sesiapa yang mengamalkan apa yang dia sudah tahu, nescaya Allah S.W.T. akan tambahkan apa yang dia belum tahu.” Oleh itu, kita perlu menambah ilmu dan amalkan apa yang kita sudah tahu.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 127-129 membuktikan Nabi Ibrahim adalah sangat dekat dengan Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W. adalah dari jalur keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Dari ayat ini menunjukkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah membina Ka’abah (solat menghadap ke arah Ka’abah). Manakala dari jalur keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak wujudnya Yahudi (menghadap Masjidil ‘Aqsa). Nabi Ibrahim berdoa supaya Allah S.W.T. mengutuskan seorang rasul di Makkah dari kalangan mereka serta mengajar mereka tentang kitab (Al-Quran), hikmah (sunnah) dan mensucikan mereka.
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.(Al-Baqarah:127-129)
Solat diwajibkan selepas peristiwa Isra’ Mikhraj (setahun sebelum hijrah) iaitu setelah Allah S.W.T. wafatkan Abu Talib dan Khadujah. Ketika itu solat diwajibkan menghadap ke Baitul Maqdis. Selepas hijrah ke Madinah, selama 16 bulan Rasulullah S.A.W. solat membelakangi Ka’abah. Setiap hari Rasulullah S.A.W. berdoa kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. pindahkan kiblat ke arah Makkah. Akhirnya turun ayat menyuruh menghadap ke Ka’abah. Tetapi orang-orang Yahudi menawarkan kepada Rasulullah S.A.W., “Sekiranya engkau kekalkan kiblatmu ke arah Masjidil ‘Aqsa, kami ramai-ramai Yahudi Madinah memeluk Islam.” Ini kerana di dalam Taurat ada menyebut “Di antara ciri-ciri rasul akhir zaman kiblatnya adalah Makkah.” Kalau Rasulullah S.A.W. penuhi hasrat Yahudi, mereka ada hujah untuk membuktikan bahawa ajaran Nabi Musa adalah benar. Tetapi Rasulullah S.A.W. tetap dengan arahan Allah S.W.T. Jangan sampai korbankan prinsip kerana hendak banyakkan pengikut. Ini adalah yang dikatakan jalan Allah S.W.T. dan Rasul-Nya yang lurus seperti dalam surah Yaasiin. Ramai orang kita yang hafal surah Yaasiin tetapi tidak ambil pengajaran dari surah tersebut. Kita hanya belajar tajwid bukan belajar tafsir.
Sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (yang berada) diatas jalan yang lurus,(Yaasiin:3-4)
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”, dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.(Yaasii:60-61)
p/s: next part insya’Allah aku sambung lagi pasal “Mengapa Rasulullah S.A.W. sangat rindukan Makkah.”
No comments:
Post a Comment