Sunday, July 27, 2008
Rakaman EPISMA 2008
alhamdulillah ekspo perubatan islam telah berlangsung dengan jayanyer, antum boleh download sesi ceramah dan forum di link tersebut, FREE distribution
1)Dr danial zainal abidin - tamadun islam dalam evolusi dunia perubatan : www.mediafire.com/?oguhmlfbtzx
2)Prof Wan Azman Wan Ahmad - head of department medicine, faculty of medicine, UM - prinsip2 asas fiqh perubatan : www.mediafire.com/?qon2zjv1ntz
3)Dr Mohd Mazri - vascular surgent at HKL - islamic medical ethics in 21st century : www.mediafire.com/?unagcydn9bo
4)Forum perdana - islamic medical practise
ahli panel : Prof Wan Azman Wan Ahmad
Ust Hanafi-CEO albab management(pengamal perubatan islam)
moderator : Saudara Sharul Rizan b. Ilias
www.mediafire.com/?dymy9ua2qt0
_________________
- al-fakir ila Rabbihi -
drabdullah.multiply.com/
Wednesday, July 23, 2008
Thursday, July 10, 2008
Authorize Letter From Madrasah Al-Wahidah
Sy nk minta pendapat thtl..forumers mnta nomb akaun madrasah alwahidah tuk sumbangan..admin madrasah alwahidah perlukan nama tuk addresskan authorize letter.mcm staff petronas yg bg sumbangan madrasah keluarkan surat address kat ketua yg anjurkan kutipan tu so anak2 buah dia percaya kat ketua...kalo authorise letter ni addresskan ats nama thtl boleh x @ ada sesapa yg thtl nk cadangkan? ni sy sertakan authorize letter madrasah tuk petronas...setiap bulan madrasah akan hantar email dalam bentuk group ke semua kawan2 dalam petronas mengumumkan brp jumlah kutipan derma (~RM1000-1500/month) yg telah semua sumbangkan tapi x akan sebut nama...so nnt admin madrasah akan umumkan juga tuk forumers AFN...boleh contact akhi Nashrin (admin madrasah) tuk keterangan lanjut, 019-9859931. akhi nashrin pesan, if bank in duit, tlg inform dia untuk memudahkan dia check account & rekod...
ni nomb akaun madrasah al-wahidah:
1)Bank: CIMB
Name: Marshitah Binti Abdul Rahman
Account Num: 06010707672502
2)Bank: Maybank (MBB)
Name: Hazimin Binti Abdul Hamid
Account Num: 556011008601
Monday, July 7, 2008
Ku Pohon Kemaafan
Ku pohon seribu kemaafan,
Mungkin keterlanjuranku menambah gelojak amarahmu,
Ku pohon seribu kemaafan,
Sungguh aku kelu,
Sungguh aku pilu,
Ku mengharap rintihanku mendapat tempat dihatimu,
Kan kucuba memahamimu,
Kan kucuba yang terbaik untukmu,
Agar kau sentiasa tersenyum,
Senyuman yang menjadikan hari-hari gelap menjadi ceria,
Kerna kau yang terbaik untukku...
5 Julai 2008
6.20pm
Pemindahan Blog
Semua entries yang sebelum ni adalah daripada blog aku di wordpress yang telah dipindahkan ke blog ini, dan blog wordpress telah aku padamkan sebab tak tau mcmn nk guna blog tu...blog baru ni juga adlh sambungan daripada blog aku yang terdahulu di blogdrive kerana disk space di blog itu dh hampir penuh digunakan...
wassalam...
Sunday, July 6, 2008
Kuliah Bulanan
KULIAH TAFSIR
HARI: SABTU (16 FEBRUARI 2008)
WAKTU: 8.30 mlm
TEMPAT: MADRASAH AL-WAHIDAH, KUANTAN, PAHANG.
PANEL: Dr. ABDULLAH YASIN
TAFSIR SURAH AL-BAQARAH
ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR
EDUCATIONAL DAY
PHARMACY day
HARI: AHAD (3 FEBRUARI 2008)
WAKTU: (8.00pg-5.00ptg)
TEMPAT: DEWAN MPK BERSERAH, PAHANG.
ANJURAN: 4TH YEAR PHARMACY IIUM KUANTAN
AKTIVITI:
1) UJIAN KOLESTEROL
2) UJIAN TEKANAN DARAH TINGGI
3) UJIAN GULA DALAM DARAH
4) KADAR PERNAFASAN
5) KAUNSELING BERHENTI MEROKOK
6) KAUNSELING ASTHMA
7) KAUNSELING PENGGUNAAN INSULIN INJECTION
8 ) UJIAN KADAR KARBON MINOKSIDA BAGI PEROKOK
9) KAUNSELING PERANCANGAN KELUARGA DAN LAIN-LAIN.
ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR
Al-Wahidah
Jumaat lepas, 11/1/2008, aku surf internet kat library. Tgk2 blog kawan2. Tetiba ada blog sorang sahabat ni entry pasal “Doa Untuk Mencari Suami yang Baik”. Hmm, mcm best jer entry tu. Then aku pun save la article tu. Slalunya aku akan save articles then baca kemudian. Lepas solat asar dekat masjid uia, aku balik ostel rehat sekejap before siap2 untuk p umah kak min, ada usrah umah dia every week on Friday nite. Masa dok mengadap computer dok tgk2 artikel2 yang aku save, tup2 dpt msg dari kak min@abg nashrin:
“Antara lain tajuk usrah mlm ni insya’Allah – Suami Soleh Isteri Solehah J”
Begitulah bunyinya msg dari mereka. Tak tahan aku nk gelak masa tu. Hahaha. Sejak kebelakangan ni tak abis2 dok cerita topic ni. Hot topic tul. Usrah last week pun sentuh pasal isu kahwin dan bakal suami. Ada juga “senda gurau” dari mereka untuk matchkan kami dengan orang-orang sunnah yang mereka kenal. Mungkin disebabkan kitorg dah nk abis blaja kat uia ni dan keperihatinan diorang nak kami kahwin dengan orang2 yang sefikrah manhaj sunnah.
Kawan aku cakap kak min ajak bermalam di rumahnya lepas usrah. Balik ostel lepas breakfast. Terkejut jugak. Selalunya kami xpenah bermalam dekat luar. Tp, macam best lak nnt dapat sembang lama dengan kak min. aku pun setuju jer lah. Lepas maghrib, kami bertolak ke rumah kak min. Selalunya 4-5 orang sahaja yang join usrah. Tapi minggu ni sampai 2 buah kereta. Diorang tertarik dengan topic yang bakal dibincangkan. Ada kawan-kawan aku yang xdapat ikut usrah ni siap pesan kat aku tuk record discussion tu nnt. Smpai jer kat depan umah kak min, husband dan anak-anak kak min dah menunggu kedatangan kami. Amar, 3tahun masih malu-malu dengan kami walaupun dah selalu berjumpa. Omar, 4tahun jenis yang slumber sikit, patuh dengan arahan ibunya datang bersalaman dengan kami. Kak min cakap, dari siang tadi anak-anak dia dok tanya, “bila frens ibu nak datang?” begitulah omar dan amar xsabar menunggu kedatangan kami.Sebelum sesi usrah, kami mulakan dengan makan “pasembor”. Aku x minat sgt, tp disebabkan lapaq, makan jer lah. Huhuhu.
Sesi usrah bermula, tapi aku rasa xbnyk pun discussion kami mengenai suami soleh isteri solehah. Discussion kami lebih kepada pengalaman sahabat-sahabat mereka yang berpoligami. Abg nashrin kata dia plan nk discuss article yang ditulis oleh Nawawi dalam blognya tapi artikel tu agak panjang. Kesimpulan yang aku dapat dari usrah tu, sekuat mana pun si isteri dalam hal-hal agama dan dakwah, suami tetap memberi impak yang kuat untuk isterinya kerana suami adalah pemimpin dalam rumah tangga dan yang akan membentuk dan membimbing isteri.
Sesungguhnya aku mengiginkan bertemu calon suami dalam rentangan sejadah yang indah; di jalan dakwah. Memiliki visi dan misi yang sama. Menemani dalam langkah perjuangan yang tengah ditempuh.
Cuma sebahagian dari kami yang hadir untuk usrah tu minta izin untuk balik uia lebih awal. Mereka xdapt bermalam di rumah kak min sebab besok pagi ada program lain. So, tggallah aku, nana, shab, kak amni dan nani yang bermalam di situ. Discussion kami pada mlm tu agak lama, habis discuss dalam pukul 1pagi! Masa tu aku dah ngantuk giler. Mata dah xtahan even tajuk best. Rasa mcm nk jer masuk bilik tdoq, tp segan lak. Kawan-kawan tgh semangat dok dengar usrah. Terpaksa menahan mata ni. Nasib baik smpai kul 1 jer. Lps mengemas dan basuh pinggan mangkuk, kami pun tdoq.
On the next day, kul 8.30pg kak min ajak breakfast dekat luaq, on da way nak p office dia. Masa dok breakfast tu, kak min tny kami nk x jmpa dengan pengerusi Madrasah Al-Wahidah. Terkejut tul. Ingatkan lepas breakfast dah boleh blk uia. Rupa-rupanya ada program lagi. Hehehe. Kami tanya dia, sapa pengerusi Al-Wahidah? Kak min kata pengerusi al-Wahidah tu ayah mertua kak min. Actually, family kak min ada buat bisnes. Family dia buka sekolah yang mengajar anak-anak mengenal sunnah bermula dari anak tu kecil lagi. Diorang kerja siang malam untuk bangunkan sekolah tu walaupun bermacam-macam rintangan dan dugaan yang datang. Kadang-kadang diorang sendiri xdpt gaji even dh penat lelah keja. Tp diorang rasa puas hati dengan contribution diorang untuk agama Allah S.W.T.
Kami diberi peluang berjumpa dengan pengerusi Al-Wahidah, yang kami kenali sebagai Uncle (aku xtau apa nama uncle sbb kitorg xtny pun nama dia.hehehe). Kami diterangkan mengenai system pentadbiran, dan pendidikan Al-Wahidah. Kami diizinkan melihat setiap module pendidikan di sana yang menggunakan system dwi-bahasa. Menurut uncle, sebelum menubuhkan Madrasah Al-Wahidah, dia menjalankan research mengenai sistem pendidikan tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti di Malaysia, Singapura, Indonesia, Saudi dan Kuwait. Semuanya merangkumi sekolah kerajaan, swasta dan sekolah agama. Uncle pilih sistem pendidikan di Saudi dan Kuwait, sebab Saudi adalah negara yang masih kuat berpegang pada sunnah diikuti Kuwait. Pada permulaannya hanya untuk mencari sistem pendidikan yang terbaik untuk anak-anaknya, yang kemudian tercetusnya idea untuk mendidik anak-anak Islam seterusnya. Menurut uncle, kak min dan anak sulung uncle; kak izwa sedang melakukan PhD dalam education di UIAM gombak. Kak min mempunyai degree dan master dlm IRK. Kak izwa pula mempunyai degree ACCA dan master MBA. Kedua-dua mereka bekerja full time dan pada hujung minggu mereka akan menghadiri kuliah di UIA gombak. Dalam kesibukan belajar, bekerja, berda’wah, menguruskan rumah tangga dan anak-anak, mereka still boleh dapat deans list. Kak min dengan cgpa 3.5 above dan kak izwa dengan cgpa 3.7above. Menurut uncle, kita tidak diuji dengan peperangan tetapi diuji dengan cabaran-cabaran lain dalam menegakkan agama Allah S.W.T. Kita perlu ada niat jihad kerana Allah S.W.T., kalau tak semuanya akan rasa susah. Allah S.W.T. berfirman:
Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.(Muhammad:7).
Uncle ckp dia xpernah lg jumpa orang yang bersemangat mcm kitorg ni nk tau psl child education in da’wah. Yang penting sekarang adalah learn and practice, later get the cert. Jangan jadikan kesibukan tu sebagai penghalang untuk berda’wah. Kesibukan itu adalah bisikan syaitan. Jangan rasa kita ni sibuk sangat dengan kehidupan, bila meninggal nnt baru kita sedar yang kita dah tak sibuk. Rebutlah 5 sebelum datangnya 5 perkara, antaranya adalah kesibukan dan kematian.Uncle kata kalo kami nak, dia boleh bg free training as teacher, nnt boleh buka tadika kat tempat masing-masing. Al-wahidah telah berusia 11 tahun sejak ditubuhkan. Ia lebih kepada “add on” untuk system pendidikan yang ada di Malaysia. Buat masa sekarang Al-Wahidah hanya terdapat di Kuantan dan Mutiara Damansara. Menurut uncle, dalam bisnes yang paling penting adalah keberkatan, network, and experience. Financial tuk mulakan bisnes tu xpenting sgt. Dia minta kami fikir, as pharmacist apa manfaat yang kita boleh bagi pada agama Allah S.W.T.? jangan jadi macam kehidupan orang kafir ada kereta besar, rumah besar, kekayaan tapi di sisi allah xder ganjaran apa-apa. Kalau kita orang Islam macm ni, hidup adalah sia-sia. Kita boleh hidup kaya, tapi zuhud. Zuhud bererti kaya tapi tak takut berpisah dengan kekayaan kerana menegakkan agama Allah S.W.T. Dalam kesibukan uncle explain dekat kami, dia still melayan kerenah cucu-cucunya;omar, aslam dan hamzah. Abg nashrin pun ada skali dlm ofis tu. Aku sempat perhatikan cara abg nashrin dan uncle layan anak-anak kecil. Even anak-anak jatuhkan barang-baramg dlm ofis atau buat bising diorang xpernah marah anak-anak, sabar jer dengan anak-anak. Kalau anak-anak buat salah, diorang akan explain elok-elok. Jarang aku jumpa ayah yang macam tu. Selalunya yang aku jumpa pantang anak-anak bising for sure dh kena tengking dh. Kami diberi peluang melihat-lihat album gambar aktiviti-aktiviti luar oleh Al-Wahidah. Menarik! “Omar, where is Allah S.W.T.?” tanya uncle pada cucunya. “Allah S.W.T. is on ‘arasy,” jwb omar sambil memegang tombol pintu ofis datuknya. “Where is ‘arasy?” tanya datuknya lg. “‘arasy is in the sky lah,” jwb omar lg. Fuh! Budak 4 tahun boleh jawab macam tu. Itulah hasil didikan mereka. Mereka dididik sejak dari dalam kandungan ibu. Uncle ada tanya kami, “kamu tahu x apa beza antara kapal orang melayu dengan kapal orang bukan melayu yang dekat tepi-tepi pantai kita ni?” Kami hannya gelengkan kepala. Uncle minta kami tanya pada Aslam. Tp Aslam malu-malu, xnk jawab. Then uncle tanya pada Omar, “Omar, what is the difference between malay’s boat and non-malay’s boat?” jawab Omar, “Kapal orang melayu xder tanda merah dekat hujung kapal. Kapal orang bukan melayu ada tanda cat merah pada hujung kapal,” terang Omar. “Itulah antara input yang kanak-kanak Al-Wahidah peroleh ketika aktiviti luar dijalankan,” kata uncle lg. Mereka juga membuat kes study untuk anak-anak Al-Wahidah (Problem Base Learning). Selain itu, antara syllabus mereka adalah mengenai peringkat sabar dan rukun syahadah. Terkejut aku dengar. Aku dengan kawan-kawan pun xbelajar tentang rukun syahadah (nafi dan ithbat) masa kat sekolah dulu. Kami tahu pun selepas join usrah dengan kak min. Untungnyer budak-budak ni. Uncle juga terangkan tentang didikan bayi ketika masih dalam kandungan, ketika berumur sebelum 3 bulan selepas kelahiran, dan didikan 3 bulan selepas kelahiran. Menurutnya, didiklah anak the moment of zero age (during gestational state) sebab dari kecil lagi anak sudah mula menyusun dalam otaknya apa yang diajarkan kepadanya. Anak yang berumur 3 tahun didedahkan dengan gambar black and white sahaja, kerana ketika peringkat umur tersebut mereka hanya mengerti dua warna tersebut sahaja. Contohnya gambar buah apple yang ada tulisan “Apple”. Gambar tu di tunjuk 2kali dalam 1 hari sambil menyebut perkataan apple. Keesokan harinya ditukar pulak dengan buah jenis lain dan proses yang sama dilakukan sepanjang anak berumur 3bulan. Selepas anak berumur lebih dari 3 tahun, gambar yang mempunyai 3 warna pulak digunakan. Menurut uncle, anak-anak yang didedahkan dengan didikan begini perkembangan otak mereka lain dari kanak-kanak lain. Mereka membuat research mencari kaedah menggunakan Al-Quran dalam mendidik anak-anak. Teach child to read Quran and make them understand word by word. Menurut uncle, selepas 50 tahun kemerdekaan, penekanan perlu lebih kepada akademik, tetapi apapila akedemik dipisahkan dari agama, semuanya akan jadi pincang.
Banyak lg perkara yang menarik mengenai Madrasah Al-Wahidah. Dah xlarat kalau nk citer panjang lg.
Buang Bayi
10/1/2008 1:20a.m
Smlm aku p spital ngn shab n nana. Smpai di HTAA, trus ke ACC. Kat dlm bangunan ACC tu plak ada bnyk specialist clinics. Aku ngn p clinics sbb nk amik result biopsy aku, sepatutnya aku amik bln 12 haritu. Tp disebabkan klas terlalu packed and cuti blk kampong, so x sempat nk amik result. Masuk jer klinik tu, aku tggu turn tuk daftar. Risau giler masa tu sbb aku x bawa buku appointment. Tp redah jer lah, alang-alang dh sampai spital ni. Aku pn p kat kaunter pendaftaran tu, “assalamualaikum akak. Saya nk amik result biopsy sy tp sy xbawa buku pesakit. Boleh ke sy nk amik result tu?”.. akak tu pn jwb, “bila kamu buat biopsy tu?”. “hmmm, dalam bulan 11 haritu. Sepatutnya sy datang amik result bln 12, tp xsempat la akak”… “kamu buat biopsy tuk apa?”tny akak kt kaunter tu. “haritu sy ada buat minor surgery. Dr. Anis yg buatkan surgery tu,”… “haa, kamu Tanya lah MA tu. Akak xreti bab-bab medic ni” kata akak tu lg….alamak, nk kena tny mamat tu ke? Ish, nk pggl apa ek?pak cik ke? Muda sgt la plak..pggil abang ke? Ish, xkuasa aku…xyah pggil apa-apa lah… “hmm, sy nk tgk result biopsy sy yg haritu boleh x? tp sy xbawa buku pesakit,” tny aku kat medical assistant (MA) tu. “tgk IC kamu,” kata MA tu kt aku. Aku pn bglah dia tgk IC aku.. “Hmm, boleh jer. Ada simpan kat klinik ni. Tggu jap”. MA tu minta sorang nurse p tgkkn result aku. Sementara tggu nurse tu cari result, aku xtau nk wat apa. Segan giler dok ngadap MA ni. Apa aku nk buat ni? Ah, tunduk jer la, belek2 IC ni… “ tak tengok result tu pn xper. Xder apa-apa masalah. Kalo ada masalah dgn result tu, selalunya kitorng trus call soon after dpt result tu. Xyah tgk la ek? Kamu tahun brapa?” tny MA tu. “Dh tahun akhir. Xperlah, sy nk tgk jugak result tu,” rinkas jer aku jawab. Malas nk beramah-ramah ngan dia. “Ooo, dh tahun akhir. Student medic ke ni?nk baca result tu sendiri ek?” bnyk soal pulak dia ni… “taklah, sy student pharmacy.” “Ooo, dh nk abis blaja ek.asal mana?”.. “Kedah,” smbil angguk aku jawab soalan dia. Asyik pandang aku jer, tak keruan aku dibuatnya. Mana lak akak nurse ni, lamanya p cari result biopsy tu.. “nnt habis keja ngn spital ke?” tny MA tu. “yer, keja spital. Terikat ngn government 7 tahun.” “Aik, terikat ngn government? Takkan sama macam student medic kot? Dapat scholarship ke? Brapa ribu satu semester?” tnya MA tu lg..uish, dia ni pesal? “ Yerlah, sama ngn student medic. Cuma diorg terikat 10tahun. Saya dapat scholarship JPA. Satu semester lbh kurang RM****,” terang aku pulak. “Uish, bnyk tu. Boleh kawen duit bnyk mcmtu. Keja nnt korang dpt x critical allowance? Rasanya xdpt lg. sama mcm HO jer kan? Diorg pn xdpt masa housemanship,” kata MA tu. “Ooo, pharmacist dpt jer critical allowance tu masa housemanship,” jwb aku lg. “ eh, mana aci macam tu. kamu xdikira keja lg masa tu. mana leh dpt allowance tu. Allowance tu dh naik tau thn ni. RM750. bnyk la gaji kamu kalo mcm tu. Hish, sy rasa xdapat la, sama mcm houseman medical doctor, diorg mana dpt.” Kata MA tu. Malas aku nk lawan ckp dia. Dh government nk bg, apesal lak xadil. Housemanship pn kira keja jugak apa..“Ish, kawen apa nyer. Blajar pn xabis lg. Bagi la abis blaja dulu,” sampuk akak kt bahagian pendaftaran td. Aku senyum jer dgr akak tu betah ngan MA tu. “Ish, dia dh nk abis pn blaja. Dh tahun akhir dh pn. Haa, brapa umur kamu?” tny MA tu kat aku. “thn ni 24,” jwb aku. “haa, dgr tu. Dh 24thn dh. Dh boleh kawen pn,” kata MA tu. “ ke kamu dh kawen?” soal MA tu. “blom,” jwb aku. “haa, kena kawen dh. Kawen cepat-cepat. Bila nk kawen ni?” katanya.Ish, naper ngn dia ni? Sibuk jer la dia ni. Suka ati aku la nk kawen bila pn. Tetiba jer akak nurse yg p cari result biopsy tu dtg kt kaunter pendaftaran tu. Fuh! Selamat. Xperlu aku nk bersoal jawab ngn MA tu lg. Nurse tu ckp result xdpt amik lg, org yg jaga result tu p meeting. Aku pn ucap terima kasih n cepat2 beredar dari kaunter tu p jmpa member aku yang dok tgh baca majalah kat ruang menunggu. Then kitorg blk ke campus Indera Mahkota.
On the way blk, smpat gak singgah katkedai buah tepi jalan tu. Tauke kedai tu sebaya ngn aku. Smpat la borak-borak ngn dia sementara proses jual beli. “pg td ada baby kt depan kedai ni. Orang buang baby, terbungkus elok jer dlm kotak vacuum,” kata budak tauke tauke kedai tu. “haa?? Baby? Org buang? Mana?Mana? sy nk tgk. Mana baby tu?” kelam kanbut lak bila aku dgr budak ni cerita. Ada ke patut buang baby. “suami sy dh bawa p balai polis pg td. Selalu nya org buang anank kucing jer depan kedai saya ni. Tp kali ni anak orang pulak,”jwb budak perempuan tu. “loor, dh bawa p balai polis? Kamu nk bela kebaby tu nnt?” kata aku pada budak tu. “ hish, saya dh ada dua org anak dh, kecik-kecik lg n,” kata budak tu tersenyum-sipu. “ eh, sy nk lah jaga baby tu,” bukan main excited lg. tp masa tu terpikir gak, nk bg baby tu mkn apa? Aku bknnya keja lg. Tiap-tiap hari p klas sapa lak nk jaga baby tu? kesian dia, xder buat salah apa-apa pn. Semalaman dia kat dlm kotak tu, pagi baru org jmpa dia, msti dia lapaq giler. Kesiannya dia….hish, kejamnya org yg buang baby tu. orang yang dh kawen xder anak, nk anak. Ni org yang ada anak senang-senang jer nk buang anak. Teruknya perangai…
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. Asy Syuura 49-50.
Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. Al Israa’:31.
Kalo nk kata kejam si ibu yang buang anak tu, xder lah kejam sgt. Dia still sayangkan anak dia. Sbb tu la dia x bunuh baby tu, dia x letak kat dalam semak samun atau mana-mana tempat yang tersorok. At least dia letak kat depan kedai, tempat org lalu-lalang. Masih ada naluri sayang seorang ibu pada baby tu. Cuma dia terdesak….Ptg tu kt kelas, aku xleh concentrate blaja. Teringat baby tu. Mcmn la dia skrg? Selamat ke dia? Semalaman xder makanan yang masuk perut dia. Kat mana polis hantar baby tu? Hospital ke? Rumah kebajikan ke? Ya Allah S.W.T., kesiannya baby tu…
Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, karena kebodohan lagi tidak mengetahui (bahwa Allah S.W.T. lah yang memberi rezki kepada hamba-hambanya) dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezki-kan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. Al An’aam:140
Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), Al Furqaan:68.
Katakanlah: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar[518].” Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya). Al An’aam:151.
2:24am
Sunnnah dan bid’ah di bulan muharam
add a comment
Oleh Ustaz Rasul Bin Dahri
(Dengan sedikit tambahan dari sumber
yang lain)
http://fiqh-sunnah.blogspot.com
SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI
KE-10 DI BULAN MUHARAM)
Pada mulanya puasa Asyura adalah
termasuk puasa yang fardu, namun setelah
diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan,
maka puasa Asyura menjadi sunnah,
sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:
قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ
فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا
هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى
اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ،
قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ
بِصِيَامِهِ
“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi
wa-sallam datang ke Madinah, maka
baginda melihat orang-orang Yahudi
berpuasa di hari Asyura, lalu baginda
bertanya: hari apakah ini? Mereka
menjawab: Ini adalah hari yang baik,
hari dimana Allah menyelamatkan Bani
Israil dari musuh mereka, lalu Musa
berpuasa pada hari itu. Baginda
bersabda: Aku lebih berhak terhadap
puasa Musa dari kamu sekalian. Maka
baginda berpuasa dan memerintahkan
berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004)
dan Muslim (1130))
كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى
الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ
الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا
فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ
صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ
“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah
berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah
juga berpuasa pada hari Asyura di zaman
Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke
Madinah, maka baginda berpuasa pada hari
tersebut dan menyuruh orang ramai
berpuasa. Maka setelah puasa bulan
Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan
puasa Asyura, baginda bersabda:
Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan
barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan
puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari
(2002) Muslim (1125))
عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ
يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ
شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ
“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Hari ini adalah hari Asyura,
tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa,
tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa
yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan
barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia
boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)
اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ،
وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ
“Seafdal-afdal puasa selepas puasa
Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang
diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal
solat selepas solat fardu ialah solat
malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163).
Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906).
Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi
(2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra
(4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam
Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395).
Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan
Ibnu Khuzaimah (1134))
سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ
الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ
فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ
رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ
“Telah ditanya Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang
paling utama selepas solat wajib?
Baginda bersabda: Solat di jauh malam.
Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang
lebih utama selepas puasa Ramadan?
Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah
yang kamu panggil Muharam”. (Hadis
Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
MENCONTOHI PUASA RASULULLAH
اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ
صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ
“Bahawasanya Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa
Asyura, maka baginda bersabda: Ia
menghapuskan dosa setahun yang lalu”.
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9
dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda
bersabda:
لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ
عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ
اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ :
فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ .
قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan
menyuruh orang ramai berpuasa, maka para
sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura
adalah hari yang diagung-agungkan oleh
orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka
baginda bersabda: Jika datang tahun
hadapan kita akan berpuasa pada hari
Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam).
(Berkata Ibn Abbas) Maka belum tiba
tahun hadapan, Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis
Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Sebagai kesimpulannya, adalah
disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan
ke-10 di bulan Muharam.
PENDAPAT IMAM SYAFIE
Sebenarnya berpuasa pada hari Asyura
tidak boleh dianggap sebagai menyerupai
Yahudi, kerana orang-orang Quraisy telah
berpuasa sejak zaman jahiliyah
sebagaimana hadis Nabi s.a.w.:
كَانَ يَوْمٌ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمَهُ قُرَيْشٌ فِى
الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ . فَلّمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ
النَّاسَ بِصِيَامِهِ
“Orang-orang Quraisy zaman jahiliyah
berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah
berpuasa pada hari tersebut. Setelah
baginda mendatangi Madinah, maka baginda
berpuasa pada hari itu dan menyuruh
orang ramai berpuasa”. (Hadis Mutaffaq
‘alaihi)
Adapun hadis di bawah ini adalah hadis
lemah:
Imam Syafie rahimahullah telah menghukum
sunnah berpuasa pada hari ke-9, ke-10
dan ke-11 Muharam. Imam syafie berpegang
dengan hadis dari Ibnu Abbas:
صُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالْعاَشِرَ وَلاَ تُشَبِّهُوْا بَالْيَهُوْدِ
“Berpuasalah kamu pada hari kesembilan,
hari kesepuluh dan hari kesebelas (di
bulan Muharam), janganlah kamu
menyerupai Yahudi”. (Hadis Riwayat Ahmad
dan Baihaqi)
صُوْمُوْا يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَخَالِفُوْا الْيَهُوْدَ وَصُوْمُوْا
قَبْلَهُ يَوْمًا اَوْبَعْدَهُ يَوْمًا
“Berpuasalah pada hari Asyura dan
janganlah kamu menyerupai Yahudi,
berpuasalah pada hari sebelumnya atau
sehari sesudahnya”. (Hadis Riwayat Ahmad
(1/241)). Dua hadis ini terdapat dalam
kitab Al-Umm dan juga dalam kitab
Al-Jami’us as-Saghir oleh Imam
as-Suyuti. Namun, Sheikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani rahimahullah telah
melemahkan (mendhaifkan) kedudukan hadis
ini. Oleh yang demikian maka tidak
wajarlah beramal dengan dua hadis ini.
Maka, yang sunnahnya adalah berpuasa
pada hari ke-9 dan 10 Muharam atau 9
muharam, atau 10 Muharam sahaja. Wallahu
a’lam.
AMALAN-AMALAN BID’AH (YANG DIREKA CIPTA)
SEMPENA BULAN MUHARAM
Menghidupkan penutup tahun Hijrah (bulan
al-Qamariyah), iaitu penghujung (hari
akhir) bulan Zulhijjah dengan berpuasa
pada siang harinya, bersolat khusus,
membaca surah Yasin beramai-ramai
(kebiasaannya khatam dua kali), berzikir
serta membaca doa-doa khusus
beramai-ramai pada sebelah petang atau
malamnya, ini semua adalah perbuatan
bid’ah (amalan berbentuk agama yang
direka cipta) yang sama sekali tidak
pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak
pernah ada perintah dari baginda malah
tidak ada asal usulnya dari syara’.
Begitu juga mengerjakan puasa khusus,
mandi yang menyerupai mandi hadas,
bersuci, bersolat khusus, mengadakan
majlis membaca surah Yasin, berzikir
beramai-ramai, berdoa dengan doa-doa
khusus dan memberi kelepasan (seperti
berhari raya) untuk keluarga pada siang
atau malamnya, yang mana ini semua
dilakukan semata-mata menyambut sempena
pangkal tahun (awal tahun) Hijrah (1hb.
Muharam). Maka semuanya itu adalah
perbuatan yang menyalahi sunnah (bid’ah)
kerana tidak pernah dicontohkan oleh
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi
wa-sallam, tidak pernah dilakukan oleh
para sahabat, para tabi’in, para tabi’ut
at-tabi’in serta para Salaf as-Soleh
(generasi awal Islam).
Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh
pembuat bid’ah dan ditambah
pengertiannya mengikut hawa nafsu
mereka, maka semua hadis-hadis tersebut
merupakan hadis-hadis lemah, palsu atau
hadis-hadis mungkar belaka. Antara
hadis-hadis tersebut:
عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ صَامَ اَخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِى الْحِجَّةِ
وَاَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَمَ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ
وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبِلَةَ بِصَوْمٍ جَعَلَهُ اللهُ
كَفَّارَةَ خَمْسِيْنَ سَنَةً
“Dari Ibn Abbas berkata: Telah bersabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
Barangsiapa berpuasa pada hari akhir
bulan Zulhijjah dan hari pertama di
bulan Muharam, maka sesungguhnya dia
telah menghabiskan tahun yang lalu dan
memulakan tahun baru dengan puasa yang
Allah jadikannya sebagai penghapus
dosanya lima puluh tahun”. (Hadis
palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. Oleh Ibnul
Jauzi. Berkata Ibnul Jauzi bahawa hadis
ini palsu (maudhu’))
AMALAN-AMALAN BID’AH DI HARI ASYURA
(Hari Ke-10 Bulan Muharam)
Terdapat juga umat Islam yang
menghidupkan malam Asyura dengan
bersolat, berzikir dan doa-doa yang
khusus. Perbuatan ini adalah berpandukan
hadis palsu sebagimana hadis di bawah ini:
مَنْ اَحْيَى لَيْلَةَ عَاشُوْرَاءَ ، فَكَاَنَّمَا عَبَدَ اللهَ
تَعَالَى بِمِثْلِ عِبَادَةِ اَهْلِ السَّمَوَاتِ. وَمَنْ صَلَّى
اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَاُ فِى كَلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُ للهِ مَرَّةً
، وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ ، غَفَرَ اللهُ
لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا مَاضٍ وَخَمْسِيْنَ عَامًا
مُسْتَقْبِلٍ ، وَبُنِيَ لَهُ فِى الْمَثَلِ اْلاَعْلَى اَلْفُ اَلْفِ
مِنْبَرٍ مِنْ نُوْرٍ
“Barangsiapa menghidupkan malam Asyura,
maka seakan-akan ia beribadah kepada
Allah seperti ibadahnya para penghuni
segala langit. Dan barangsiapa bersolat
empat rakaat, pada setiap rakaat ia
membaca Fatihah sekali, surah al-Ikhlas
lima puluh kali, maka Allah mengampuni
dosa-dosanya lima puluh tahun yang telah
lalu dan lima puluh tahun yang akan
datang, dan dibina untuknya di
Al-Mathalul-A’la (syurga) sebanyak lima
juta mimbar dari cahaya”. (Hadis palsu).
(Lihat: Al-Maudhu’at. 11/122)
Adalah suatu amalan bid’ah bagi sesiapa
yang berpuasa sejak awal Muharam
sehingga kesembilan hari bulan Muharam.
Mereka yang mengamalkan puasa ini adalah
berpegang dengan hadis palsu:
مَنْ صَامَ تِسْعَةَ اَيَّامٍ مِنْ اَوَّلِ الْمُحَرَّمِ ، بَنَى
اللهُ لَهُ قُبَّةً فِى الْهَوَاءِ مِيْلاً فِى مِيْلٍ لَهَا
اَرْبَعَةُ اَبْوَابٍ
“Barangsiapa berpuasa sembilan hari
sejak awal Muharam, maka Allah akan
membina untuknya sebuah kubah di udara,
luasnya satu batu persegi dan mempunyai
empat buah pintu”. (Hadis palsu). (Hadis
Palsu. Lihat: Al-Fawaid. Hlm. 96)
Umat Islam yang merayakan hari Asyura,
mendahulukan hari tersebut dengan
bersuci, mandi dan bercelak. Hakikatnya
mereka tidak menyedari bahawa hadis yang
mereka gunakan adalah hadis palsu:
مَنِ اغْتَسَلَ وَتَطَهَّرَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَمْرَضْ فِى
سَنَتِهِ اِلاَّمَرَضَ الْمَوْتِ
“Barangsiapa mandi dan bersuci pada hari
Asyura, maka dia tidak akan sakit pada
sepanjang tahun itu, kecuali sakit
mati”. (Hadis palsu). (Lihat: Majmu’
Fatawa. 11/248. Ibn Taimiyah. Lihat:
Tamamul Minnah. Hlm. 410-412. Sheikh
Muhammad Nashiruddin al-Albani.
Al-Ibda’. Hlm. 269. Ali Mahfuz)
مَنِ اكْتَحَلَ بِاْلاُثْمُدِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَرْمِدْ اَبَدًا
“Barangsiapa bercelak mata dengan arang
celak dihari Asyura, maka ia tidak akan
sakit mata buat selama-lamanya”. (Hadis
palsu). (Dinyatakan palsu oleh
Ibnul-Jauzi dalam Al-Maudhu’at 11/203.
Lihat: Majmu’ Fatawa 11/248. Ibn Taimiyah)
Selepas mandi dan bersuci dipagi Asyura,
terdapat juga umat Islam yang menjadikan
hari Asyura sebagai hari raya kaum
Muslimin dengan menjadikannya hari
kelepasan dan menyediakan makanan
tertentu, (antaranya menyediakan bubur
Asyura. (Menasabkan bubur Asyura kepada
perbuatan Nabi Nuh ‘alaihi salam adalah
suatu pembohongan yang keterlaluan.
Setelah selamat dari taufan dan banjir
besar, Nabi Nuh tidak pernah menyuruh
pengikutnya memakai celak dan
menyediakan makanan berupa bubur Asyura
yang dikutip dari sisa-sisa bijirin)
Pent). Ini merupakan talbis (perangkap)
syaitan kepada orang-orang awam
sedangkan perbuatan tersebut menyerupai
perbuatan orang-orang Yahudi di Khaibar.
(Lihat: Al-Ibda’. Hlm. 269. Ali Mahfuz)
Perkara ini telah diterangkan dalam
hadis Muslim:
كَانَ اَهْلُ خَيْبَرَ يَصُوْمُوْنَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ،
وَيَتَّخِذُوْنَهُ عِيْدًا وَيُلْبِسُوْنَ نِسَاءَ هُمْ فِيْهِ حُلِيَّهُمْ
وَشَارَتُهُمْ
“Adalah penduduk Khaibar (Kaum Yahudi)
berpuasa pada hari Asyura, mereka
menjadikannya sebagai Hari Raya dan
mereka memakaikan wanita-wanita mereka
dengan perhiasan dan pakaian mereka yang
cantik-cantik”. (Hadis Riwayat Muslim)
Berpuasa dihari Asyura adalah amalan
sunnah, tetapi menambahnya dengan
menjadikannya sebagai Hari Raya adalah
perbuatan bid’ah kerana menyerupai
amalan Yahudi sebagaimana dijelaskan
oleh hadis sahih di atas.
Terdapat juga umat Islam yang
mengerjakan solat tertentu disiang hari
Asyura atau dimalam harinya. Mereka
melakukan perkara bid’ah ini lantaran
berpandukan kepada hadis palsu
sebagaimana di bawah ini:
مَنْ صَلَّى فِيْهِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، يَقْرَاُ فِى كُلِّ رَكْعَةٍ
اَلْحَمْدُللهِ مَرَّةً ، وَقُلْ هَوَ اللهُ اَحَدٌ اِحْدَى
وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا
“Barangsiapa bersolat padanya empat
rakaat, membaca al-Fatiha sekali pada
tiap-tiap rakaat, surah al-Ikhlas lima
puluh kali, maka Allah akan mengampunkan
dosanya lima puluh tahun”. (Hadis palsu.
Lihat: Al-Ibda’ fi Madaril Ibtida’.
Asy-Syeikh Ali Mahfuz)
فِى يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ تَابَ اللهُ عَلَى آدَمَ ، وَعَلَى
اَهْلِ مَدِيْنَةِ يُوْنُسَ ، وَفِيْهِ وُلِدَ اِبْرَاهِيْمُ ، وَفِيْهِ
وُلِدَ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ ، وَفِيْهِ فُرَّقَ الْبَحْرُ لِمُوْسَى
وَبَنِيْ اِسْرَائِيْلَ وَجَرَتْ السَّفِيْنَةُ وَآخِرُ ذَلِكَ يَوْمُ
الْعَاشُوْرِ لِعَشْرِ مَضَيْنِ مِنَ الْمُحَرَّمِ وَسْتَوَتْ عَلَى
الْجُوْدِيِّ فَصَامَ نُوْحٌ وَاَصْحَابُهُ وَالْوَحْشُ مَعَهُ شُكْرًا
للهِ عِزَّ وَجَلَّ
“Pada hari Asyura Allah menerima Taubat
Adam dan taubat penduduk kota Nabi
Yunus. Pada hari Asyura dilahirkan
Ibrahim dan padanya pula dilahirkan Isa
bin Maryam. Pada hari Asyura Lautan
Merah dibelah untuk Nabi Musa dan Bani
Israil dan kapal Nabi Nuh belayar dan
berakhir pada sepuluh Muharam. Dan dia
berlabuh di atas bukit Judi. Nabi Nuh
dan para sahabatnya dan
binatang-binatang liar lalu berpuasa
kerana bersyukur kepada Allah Azza
wa-Jalla. Demikian juga
binatang-binatang yang ada bersama-sama
di atas bahtera itu turut sama
berpuasa”. (Hadis palsu). (Lihat:
Tanzihus as-Syariah. 11/150)
Berkata Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah lagi:
“Tidak terdapat sebarang hadis sahih
dari Nabi s.a.w. atau sahabat-sahabat.
Tiada Imam mazhab tau Tabi’en yang
mensunnahkan perkara-perkara ini; sama
ada ia diriwayatkan oleh hadis dhaif
(lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan
atau Al-Musnad. Tiada hadis yang masyhur
diketahui mengenainya pada abad yang
awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada
hadis yang meriwayatkan seperti
:{barangsiapa yang memakai celak pada
matanya pada hari Asyura tidak akan
mendapat penyakit mata pada tahun itu,
dan barangsiapa yang mandi pada hari
Asyura tidak akan dapat penyakit pada
tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga
riwayat yang menunjukkan bersolat pada
hari Asyura, dan ada riwayat lain yang
menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi
Adam bertaubat, Bahtera Nuh mendarat di
Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada
Nabi Yaakub, Ibrahim diselamatkan dari
api, kibas di ganti sebagai binatang
sembelihan menggantikan Nabi Ismail, dan
sebagainya. Mereka juga meriwayatkan
sebuah hadis palsu yang mendustakan
Rasulullah s.a.w. berkata: {barangsiapa
yang bermurah hati kepada keluarganya
pada hari Assyuura, Allah akan bermurah
hati kepadanya sepanjang tahun}”.
Bagi perkara lain, seperti memasak
makanan khas dengan atau tanpa bijirin,
atau memakai baju baru, membelanjakan
wang untuk keluarga, atau membeli
bekalan tahunan untuk hari tersebut,
melakukan solat-solat tertentu atau
amalan-amalan tertentu, menyembelih
binatang pada hari itu, menyimpan daging
yang akan dimasak bersama bijirin, atau
memakai celak atau henna, mandi,
berjabat tangan diantara satu sama lain,
menziarahi seseorang, menziarahi masjid
dan kubur-kubur (mashhad) dan
sebagainya….. kesemua ini adalah
bid’ah dan salah. Tiada diantaranya yang
ada kena mengena dengan sunnah
Rasulullah s.a.w. atau Khulafah
al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh
mana-mana imam, tidak malik, tidak
at-Tsauri, tidak al-Layth ibn Sa’d,
tidak Abu Hanifah, tidak al-Auzaa’i,
tidak asy-Syafie, tidak Ahmad ibn
Hanbal, tidak Ishaaq ibn Rahawayh, dan
tiada mana-mana dikalangan Imam dan
ulama’ Islam……” (Ringkasan dari
Fatawa Al-Kubra oleh Sheikh al-Islam
Ibnu Taimiyyah Jil. 5)
PERSOALAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN
Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir
tahun dan awal tahun, di sana tidak
terdapat sebarang hadis yang
tsabit/sahih/diterima yang menyebut
tentang amalan membaca doa akhir tahun
dan doa awal tahun dengan jaminan
penghapusan dosa setahun yang lepas,
sebagaimana yang diamalkan oleh
sebahagian kelompok daripada umat Islam.
Demikian juga tidak ada hadis-hadis
sahih yang menyebut doa tersebut secara
khusus.
As-Sheikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya
al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ menyebut
bahawa kebanyakan hadis maudhu’ yang
berkaitan dengan amalan pada bulan
Muharam khususnya pada hari Asyura telah
dicipta oleh golongan pembunuh Husain
(kaum Syi’ah).
Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah
Ibn al-’Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya
tidak sahih daripada Nabi s.a.w.
sebarang amalan pun pada hari Asyura
selain puasa Baginda.
Ada pun golongan Rafidhah melakukan
bid’ah dengan mengadakan upacara
berkabung demi melahirkan kesedihan di
atas pembunuhan Husain pada hari ini.
Dan golongan yang jahil daripada Ahli
Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka
dengan membuat makanan daripada
biji-bijian/bijirin (bubur) dan memakai
celak, dan mereka meriwayatkan
hadis-hadis maudhu’ tentang bercelak
mata dan melapangkan pemberian makanan
dan pakaian kepada ahli keluarga.”
(Sheikh Ali Mahfuz, al-Ibda’ fi Madhar
al-Ibtida’ (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah,
Cet. 1, 2001), hal. 271)
Sebagai kesimpulan, tiada doa-doa yang
khusus yang dicontohkan melalui hadis
yang sahih bahawa Nabi s.a.w.
mengajarkannya kepada kita bagi tanggal
awal tahun dan akhir tahun sempena
menjelangnya Muharam.
Kepada pihak tertentu yang tetap
mempertahankan kebatilan, jika benar ada
doa-doa khusus di waktu awal/akhir
tahun, silakan mengutarakan dalilnya,
sumbernya, takhrij & sanad hadisnya,
siapa yang meriwayatkannya, dan siapa
ulama hadis yang mensahihkannya. Wallahu
a’lam…
AMALAN/BENTUK IDABAH YANG TIADA
HUJJAH/DALIL ADALAH BID’AH
Ingatlah! Tidak pernah ditemui
hadis-hadis sahih yang membolehkan
mengadakan apapun upacara majlis sempena
menyambut awal tahun. Begitu juga tidak
pernah diperintahkan supaya mengadakan
majlis zikir atau majlis-majlis tertentu
kerana mengucapkan selamat tinggal
kepada tahun-tahun yang telah berlalu.
Sesiapa yang melakukannya termasuk dalam
golongan yang ditergur oleh Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
dalam sabdanya:
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa mengamalkan/melakukan satu
amal yang bukan perintah kami, maka amal
itu tertolak (bid’ah)”. (Hadis Riwayat
Muslim)
مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَى غَيْرِ اَمْرِنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa yang mencipta sesuatu
perkara yang bukan dari perintah kami,
maka ia tertolak”. (Hadis Riwayat Ibnu
Majah)
مَنْ اَحْدَثَ فِى اَمْرِنَا هَذَا مَالَيْسَ مِنْهُ فَهُوْ رَدٌّ
“Barangsiapa yang menambah/mengadakan
yang baru dalam urusan kami ini, maka
tambahan yang bukan dari kami itu
tertolak”. (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim dan Abu Daud)
Tertolak kerana setiap tambahan itu
adalah bid’ah sebagaimana sabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
اِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ،
وكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ ،
وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ
“Aku peringatkan kamu sekalian tentang
perkara-perkara yang baru/yang
diada-adakan, kerana setiap yang
diada-adakan itu bid’ah, setiap yang
bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat
itu di neraka”. (Hadis Riwayat Muslim,
An-Nasai’i dan Ahmad)
p/s: articles taken from Masri’s Buletin
Kuliah Tafsir Oleh Ustaz Abdullah Yasin, di Madrasah Al-Wahidah, Kuantan, 15 Desember 2007.
“Mengapa Rasulullah S.A.W. sangat rindukan Makkah.”
Baginda S.A.W. sangat rindukan Makkah bukan kerana Makkah sebagai tempat kelahiran baginda, tetapi kerana terdapat Ka’abah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.. Dari jalur keturunan Nabi Ismail a.s datangnya Rasulullah S.A.W. .Berbeza dengan Masjidil ‘Aqsa, ia adalah dari jalur Nabi Ishak a.s. Dari jalur Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ishak a.s kemudian datangnya Yahudi. Bani Israel, Yahudi dan Nasrani menghadap ke Masjidil ‘Aqsa. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W. adalah dari keturunan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, mereka berdua yang membina Ka’abah di Makkah. Itulah sebabnya mengapa baginda S.A.W sangat dekat dengan Ka’abah berbanding Masjidil ‘Aqsa. Dari ayat Al-Baqarah 127-130, dapat disimpulkan bahawa:1) Kita digalakkan agar memohon (berdoa) kepada Allah S.W.T. setiap kali selesai ibadat kerana Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s berbuat demikian setelah selesai membina Ka’abah. Tetapi, ada ulama’ yang mengatakan doa selepas salam dan ada yang mengatakan berdoa sebelum salam. Nabi S.A.W. menyuruh orang yang melakukan solat untuk memilih sesuai dengan keinginannya (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim). Kata Prof. Hasbi As-Siddiq, “Memohon di dalam solat adalah lebih baik kerana kita sedang menghadap Allah S.W.T.” Tempat yang paling baik untuk berdoa adalah ketika sujud dan sebelum salam. Kalau tidak mampu mengungkapkan dalam bahasa Arab, apa yang kita unkapkan dalam hati pun Allah S.W.T. dengar”. Mana-mana ayat Al-Quran jangan kita mohon ketika ruku’ dan sujud kerana Nabi larang membaca ayat Al-Quran ketika ruku’ dan sujud kerana kedua-duanya dalam posisi yang rendah. Tidak wajar kalam Allah S.W.T. yang Maha Tinggi dibaca di tempat yang rendah. Tetapi ada tempat lain yang boleh dibaca iaitu sebelum salam. Namun demikian tidak salah bila habis salam kita angkat tangan membaca doa.2) Sebagai tugasan insan untuk melaksanakan amal soleh seperti yang diarahkan. Hak Allah S.W.T. untuk membuat penilaiannya. Apabila menunaikan solat, ia boleh membawa kita kepada kejayaan. Tetapi solay yang macam mana? Iaitu solat yang memenuhi 3 syarat yang disyaratkan oleh 3 ungkapan dalam azan sebelum “haiya ‘alassolah”. i) Allahuakbar (2X) – melambangkan Islam serta membesarkan Allah S.W.T. dalam pengertian yang sebenar.ii) Asyhadu an lailahaillallah – Muslim dan ikhlas.iii) Wa asyhadu annamuhammad rasulullah – Solat ikut cara Rasulullah S.A.W. Apabila memenuhi 3 syarat yang tersirat dalam 3 ungkapan ini, barulah solat kita membawa kejayaan. Namun, orang Islam bapabila bersolat, belum tentu lagi akan membawa kejayaan jika dia tidak ikhlas. Tetapi jika muslim dan ikhlas, solat tetap tidak akan diterima jika tidak mengikut cara Rasulullah S.A.W. Kiaskanlah solat dengan mana-mana amalan lain, barulah ia membawa kejayaan.3) Jangan membatasi doa hanya kepada diri sendiri, tetapi juga untuk zuriat-zuriat dan keturunan kita agar menjadi manusia yang tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T.4) Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s memohon agar Allah S.W.T. menunjukkan cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kepada mereka. “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah: 128) Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s memohon agar Allah S.W.T. mengutuskan Rasulullah S.A.W. ke negeri Makkah yang sifat-sifatnya:a. Membaca ayat-ayat Allah S.W.T. b. Mengajar mereka al-kitab (al-Quran) dan al-hikmah (sunnahnya)
c. Mensucikan mereka dari segala kesyirikan, kekufuran, kejahatan serta budi-pekerti yang tidak baik.
Dalam solat, selawat Nabi pada umumnya menyebut nama Ibrahim disertai menyebut keluarganya. Ini menunjukkan bahawa Nabi S.A.W sangat dekat dengan Nabi Ibrahim a.s. Allahu’alam.
p/s: Rakaman kuliah Ust Abdullah Yassin boleh download di www.audiosunnah.blogspot.com
Kuliah Tafsir Oleh Ustaz Abdullah Yasin, di Madrasah Al-Wahidah, Kuantan, 15 Desember 2007.
Para ulama’ tafsir berbeza pendapat tentang makna cubaan Allah S.W.T. pada Ibrahim. Antaranya ada yang menyatakan ujian Allah S.W.T. itu adalah haji, bintang, bulan, matahari, menipiskan kumis, berkumur-kumur, istinsyak, bersugi etc. Zalim terbahagi kepada 3 jenis:
zalim yang Allah S.W.T. tak akan ampun; syirik.
zalim yang Allah S.W.T. akan ampun jika Dia kehendaki; dosa-dosa besar selain syirik.
zalim yang Allah S.W.T. berlepas diri daripadanya; zalim antara insan dengan insan.
Lawan makna zalim adalah adil. Adil bukan maknanya bila menimbang sama berat, mengukur sama panjang, tetapi ia bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya meletakkan guru di tempat sedikit tinggi daripada muridnya, meletakkan ketayap di kepala, meletakkan selipar di kaki, membeli baju untuk anak-anak mengikut saiz badan mereka dan sebagainya. Oleh itu, syirik juga adalah zalim. Mengapa dikatakan syirik sebagai zalim? Allah S.W.T. yang menciptakan kita, air yang kita minum, dan segalanya kepada kita. Tiba-tiba kita menyembah lembu, patung dan makhluk lain. Adakan itu adil? Ini menunjukkan kita tidak adil dan zalim. Zalim adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Orang kafir juga mengakui Allah S.W.T. yang menciptakan dan mematikan segalanya tetapi sayangnya mereka tidak takut pada Allah S.W.T.
Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i’tikaf, yang ruku’ dan yang sujud”. (Al-Baqarah:125)
Dalam surah Al-Baqarah ayat 125, Allah S.W.T. telah mengangkat Nabi Ibrahim sebagai imam bagi seluruh manusia. Nabi Ibrahim telah memohon agar pangkat imamnya itu dianugerahkan kepada keturunannya di kemudian hari. Doa baginda dikabulkan oleh Allah S.W.T. Buktinya, majoriti yang diangkat menjadi rasul adalah dari keturunan Nabi Ibrahim. Gelaran Nabi Ibrahim adalah nabi dan rasul. Allah S.W.T. jadikan baitullah sebagai tempat berkumpul bagi manusia sejak dahulu lagi dan Makkah tempat yang aman, dijadikan sebahagian makam Ibrahim menjadi tempat solat (Ialah tempat berdiri Nabi Ibrahim a.s. diwaktu membuat Ka’bah), Ibrahim diiktiraf oleh semua yahudi, nasrani dan muslim, serta diperintahkan Ibrahim dan Ismail supaya membersihkan rumah Allah S.W.T. untuk orang-orang yang tawaf, iktikaf, ruku’ dan sujud. Buktinya Rasulullah S.A.W. diutus untuk membersihkan Ka’abah dari penyembahan berhala-berhala (najis maknawi), najis hissi (kata-kata lucah), dan najis-najis lain.
Dalam suatu riwayat dikemukakan, Umar menerangkan bahwa pendapatnya bersesuaian dengan firman Allah di dalam tiga perkara, yaitu:
(1) ketika ia mengemukakan usul. “Wahai Rasulullah, tidakkah sebaiknya tuan jadikan maqam (tempat shalat) Ibrahim ini menjadi tempat shalat.” Makan turunlah ayat tersebut di atas (S. 2: 125) (Sejak itu maqam Ibrahim as dijadikan tempat berdirinya Imam bagi orang-orang yang shalat di Masjidil Haram dan disunatkan shalat sunah thawaf di tempat tersebut).
(2) ketika ia mengusulkan: “Telah berkunjung kepada istri-istri tuan orang baik dan orang jahat. Bagaimana sekiranya tuan memerintahkan agar supaya dipasang hijab (penghalang).” Maka turunlah ayat hijab (S. 33: 53).
(3) ketika Rasulullah SAW diboikot oleh istri-istrinya karena cemburu, maka Umar ra berkata kepada mereka: “Mudah-mudahan Tuhan-Nya akan menceraikan kamu, dan menggantikan kamu dengan istri-istri yang lebih baik daipada kamu.” Maka turunlah ayat lainnya (S. 66: 5) yang membenarkan peringatan Umar terhadap istri Nabi. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan yang lainnya, yang bersumber dari Umar.)
Dalam riwayat lain dikemukakan ketika Rasulullah SAW thawaf, berkatalah Umar kepadanya: “Ini adalah maqam (tempat shalat) bapak kita Ibrahim.” Nabi bersabda: “Benar.” Umar berkata lagi: “Apakah tidak sebaiknya kita jadikan tempat shalat?” Maka Allah SWT menurunkan ayat tersebut di atas (S. 2: 125). (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Marduwaih yang bersumber dari Jabir.)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa Umar bin Khaththab ra lewat di maqam Ibrahim AS bersama Rasulullah SAW, dan ia bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kita tidak berdiri shalat di tempat shalatnya kekasih Tuhan?” Rasulullah SAW menjawab: “Benar.” Kemudian Umar berkata: “Apakah kita tidak jadikan tempat shalat?” Tiada lama kemudian turunlah ayat tersebut di atas (S. 2: 125) (Menurut dhahirnya, turunnya ayat ini pada hajjatul wada, yaitu haji terakhir bagi Nabi tahun 10 Hijriyyah atau tahun 633 masehi). (Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih dari ‘Amr bin Maimun yang bersumber dari Umar bin Khaththab.)
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: “Dan kepada orang yang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”.(Al-Baqarah:126)
Dalam surah Al-Baqarah ayat 126, Nabi Ibrahim telah berdoa supaya tanah haram diberi keamanan, juga menerangkan sifat-sifat orang yang berhak mewarisinya adalah orang yang beriman kepada Allah S.W.T. dan hari kemudian, serta diberikan rezeki daripada buah-buahan. Allah S.W.T. telah jadikan Makkah negeri yang aman sentosa, dijadikan buah-buahan sebagai rezeki kepada orang yang beriman. Di sini Ustaz Abdullah Yasin menyelitkan kisah Maryam yang diberi rezeki buah kepadanya. Imran adalah bapa kepada Maryam. Maryam adalah bahasa Ibrani yang bererti khadimatullah iaitu khadam perempuan Allah S.W.T. Ketika Imran meninggal, Maryam berada dalam kandungan ibunya. Ibunya bernazar untuk jadikan anak dalam kandungannya sebagai khadam masjidil Aqsa. Ibunya menawarkan kepada ulama’-ulama’ Yahudi untuk menjaga Maryam. Mereka berebut-rebut untuk menjaganya, kerana Imran adalah orang yang soleh. Di antara ulama’, ada yang namanya Zakariya iaitu bapa saudara Maryam. Isterinya adalah adik-beradik daripada emak Maryam. Lalu Zakariya pun berdiri dan berkata, “Akulah yang paling layak kerana aku adalah pakciknya.” Tetapi semua ulama’ tidak menerima kata-kata Zakaria. Lalu mereka mengundi dengan cara memanah ke Sungai Jordan. Panah yang paling lama timbulnya adalah yang paling layak untuk menjaga Maryam. Dengan kuasa Allah S.W.T. akhirnya Zakariya berjaya. Pada suatu hari, Zakariya masuk menemui Maryam, baginda melihat banyak buah-buahan dan bertanya “Dari mana rezeki ini engkau dapat?” Maryam menjawab semuanya datang dari Allah S.W.T. dan Allah S.W.T. beri kepada sesiapa yang dia kehendaki.
Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: “Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?” Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.(Ali ‘Imran:37)
Tetapi Allah S.W.T. menjelaskan bahawa janji-Nya tidak mengenal orang yahudi kerana kekafiran mereka, nikmat yang diberikan sementara di dunia sahaja. Allah membataskan nikmat hanya kepada orang yang beriman kepada allah dan hari kemudian. Sebagai contoh, Namrud telah memerintah selama 400 tahun tetapi berakhir dengan kehancuran. Ini menunjukkan ada zuriat Nabi Ibrahim yang zalim. Kita diminta menjauhkan diri daripada orang-orang zalim. Dalam surah Lukman, baginda menasihatkan anaknya:
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”(Luqman:13)
Pangkat imam tidak mungkin dicapai oleh keturunan Nabi Ibrahim yang zalim. Buktinya dalam At-Saffaat ayat 113.
Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang Zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata. (At-Saffaat:113)
Pada penghujung surah Al-Fatihah kita minta dijauhi dari golongan yang dimurkai dan golongan yang sesat.
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.(Al-Fatihah:7)
Yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai ialah Yahudi dan mereka yang sesat ialah Nasrani. Kata Yusof Al-Qaradhawi, walaupun Nabi S.A.W. tafsirkan orang yang dimurkai itu adalah Yahudi, tetapi ulama’ tafsir kata ia bukan khas utk Yahudi sahaja tetapi mana-mana manusia hatta umat Islam andaikata mempunyai sifat macam Yahudi, ilmu banyak tetapi tidak amalkan ia juga layak dimurkai Allah S.W.T. seperti Yahudi dimurkai. Begitu juga walaupun Nabi S.A.W. tafsirkan zalim itu dengan Nasrani dari sudut kejahilan dan kebodohannya, ini tidak bermakna yang sesat hanya untuk Nasrani sahaja tetapi mana-mana umat hatta umat Muhammad S.A.W. walaupun banyak beramal tetapi tidak menambah ilmu sehingga jahil juga dia akan sesat. Ini sesuai dengan kaedah ilmu tafsir:
“Al-‘imrah bi’umumil alfaz la bi khususil asbab”
“Pengajaran dalam al_quran adalah seumum lafaznya. Ia bukan khas untuk orang yang kerananya ayat itu diturunkan”
Sebagai contoh, ayat yang mengatakan celakalah Abu Lahab, ini termasuklah mana-mana yang menentang Rasulullah S.A.W.
Iman yang ada ini bukanlah jaminan hingga hari akhirat. Terdapat 2 cara untuk maintain iman iaitu ilmu yang bermanfaat (Al-Quran kalamullah, kalam Rasulullah S.A.W. dan Aqidah iaitu cabang ilmu yang paling tinggi) serta amalan soleh. Bersikaplah seperti yang dianjurkan dalam Al-Quran: “Kami dengar dan kami patuh.” Orang kafir bersikap: “Kami dengar dan kami tolak” terdapat 2 jenis penyakit hati iaitu degil dan jahil. Degil = tahu tetapi tak nak buat. Manakala jahil = tak tahu dan tak nak belajar. Kata Imam Ibn Qayyim, “Walaupun kedua-duanya tidak elok, tetapi degil lebih bahaya.” Athar sahabat r.a. “Sesiapa yang mengamalkan apa yang dia sudah tahu, nescaya Allah S.W.T. akan tambahkan apa yang dia belum tahu.” Oleh itu, kita perlu menambah ilmu dan amalkan apa yang kita sudah tahu.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 127-129 membuktikan Nabi Ibrahim adalah sangat dekat dengan Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W. adalah dari jalur keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Dari ayat ini menunjukkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah membina Ka’abah (solat menghadap ke arah Ka’abah). Manakala dari jalur keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak wujudnya Yahudi (menghadap Masjidil ‘Aqsa). Nabi Ibrahim berdoa supaya Allah S.W.T. mengutuskan seorang rasul di Makkah dari kalangan mereka serta mengajar mereka tentang kitab (Al-Quran), hikmah (sunnah) dan mensucikan mereka.
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.(Al-Baqarah:127-129)
Solat diwajibkan selepas peristiwa Isra’ Mikhraj (setahun sebelum hijrah) iaitu setelah Allah S.W.T. wafatkan Abu Talib dan Khadujah. Ketika itu solat diwajibkan menghadap ke Baitul Maqdis. Selepas hijrah ke Madinah, selama 16 bulan Rasulullah S.A.W. solat membelakangi Ka’abah. Setiap hari Rasulullah S.A.W. berdoa kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. pindahkan kiblat ke arah Makkah. Akhirnya turun ayat menyuruh menghadap ke Ka’abah. Tetapi orang-orang Yahudi menawarkan kepada Rasulullah S.A.W., “Sekiranya engkau kekalkan kiblatmu ke arah Masjidil ‘Aqsa, kami ramai-ramai Yahudi Madinah memeluk Islam.” Ini kerana di dalam Taurat ada menyebut “Di antara ciri-ciri rasul akhir zaman kiblatnya adalah Makkah.” Kalau Rasulullah S.A.W. penuhi hasrat Yahudi, mereka ada hujah untuk membuktikan bahawa ajaran Nabi Musa adalah benar. Tetapi Rasulullah S.A.W. tetap dengan arahan Allah S.W.T. Jangan sampai korbankan prinsip kerana hendak banyakkan pengikut. Ini adalah yang dikatakan jalan Allah S.W.T. dan Rasul-Nya yang lurus seperti dalam surah Yaasiin. Ramai orang kita yang hafal surah Yaasiin tetapi tidak ambil pengajaran dari surah tersebut. Kita hanya belajar tajwid bukan belajar tafsir.
Sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (yang berada) diatas jalan yang lurus,(Yaasiin:3-4)
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”, dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.(Yaasii:60-61)
p/s: next part insya’Allah aku sambung lagi pasal “Mengapa Rasulullah S.A.W. sangat rindukan Makkah.”