Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

Allah , please put a smile on my face .

Esok hari pertama saya berkerja. Hari pertama berkerja setelah 62 hari cuti bersalin. Lama bukan? Tapi terlalu singkat bagi saya, suami dan anak. Ya kami bertiga (macam lagu tiga kupang).


Cepat sungguh masa berlalu ( sebab rasa tak nak keja nak jadi surirumah. Boleh tak sayang? T__T ). Tak sanggup nak berpisah dengan umair dan suami. Cemburu melihat surirumah. Buat masa sekarang terpaksa berkorban jiwa berjauhan dengan suami ( itulah CINTA yang perlukan pengorbanan ).  Membawa anak (cinta kami) tinggal di rumah parents di Jitra. Sedih. Kalau boleh nak suami tengok anak kesayangan kami membesar depan suami, dalam pelukan suami...


Sungguh sedih. Kesian umair terpaksa berjauhan dengan papa. Tapi umair belum mengerti dan selalu tersenyum. Ummmi pun selalu senyum tak nak papa umair susah hati walaupunn dalam hati  ^___^


Ulang-alik. Bila semua ini akan berakhir? Saya sudah letih dengan aktiviti begini. Kalau boleh, setiap hari kami hendak bersama seperti ini...


Kalau boleh...

Baiklah, berhenti menangis sekarang dan SENYUM terpaksa . Jom tidur peluk umair yang sudah tembam. Cinta saya juga sudah tidur selepas menelefon saya sebentar tadi. Cinta sangat sangat. Rindu bagai ... (tak tau nak kata). Bila nak balik jumpa cinta? (nak kena bincang dulu).

TAMAT.


" Doaku, semoga suami terCINTA lululs exam Khamis depan. Amin... "
Ingat Allah, hati menjadi tenang.

Saturday, October 23, 2010

D.I.A

   Malamni suami saya on call. Tinggal saya dan umair sahaja di rumah. Kami belajar memberanikan diri tidur di rumah sewa. Dalam hati takut jugak. Bukan takut apa-apa yer. Cuma takut umair menangis melalak malam-malam. Takder suami nak pujuk anak kesayangannya. Rindu DIA T____T bukan DIA lagu Fauziah Latiff ok (Tetiba jer teringat jugak lagu DIA).


Sikit sudah.



Dia insan pertama yang bertahta

Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah selalu membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu~~~~~~

*telah diubahsuai sesuai untuk penulis.


    Saya tak sabar nak tunggu esok nak jumpa dia, my darling husband. Oh I miss YoU sOoooo much! (pergi peluk anak kesanyangan dia cepat). Urrrmmm time tidor pun umair bau wangi...



Permata hati kami....


   Tadi dia call saya, sekejap sahaja (baru kurang sikit jer rindu). Lepastu kena masuk OT lagi dan lagi dan lagi. Tak tau dia dapat tidur ke tak. Kesian dia (suami saya) T_______T



I miss you sayang
(Only he and I knows about this pics)
HAHAHA

  Ok saya boleh tidor sekarang. Anak pun sudah membuat bunyi-bunyi. Baik tidor sebelum anak terbangun. Selamat pagi...

Friday, October 1, 2010

Bottle Feed Training

            Breast pump bottle feeding agak menyusahkan (bukan agak-agak lagi dah, memang menyusahkan) berbanding direct breast feeding. Tapi demi anak yang bakal ditinggalkan seharian nanti sewaktu saya berkerja, terpaksalah simpan stok susu banyak-banyak. 
            Alhamdulillah umair dah pandai hisap susu dengan botol after 5 minute training. Risau jugak kalau-kalau umair tak pandai guna botol. Lepas ni boleh la umi dengan papa keluar dating (belom puas kitorang berdating) ^__^



Umair tengah belajar minum guna botol (1st try)


          Akhirnya, malam terus umi dengan papa keluar tinggal umair dekat tok mommy and tok daddy. Balik rumah, umair nangis mintak susu. Tok mommy tak tau macam mana nak bagi umair susu dalam botol, umair tak pandai minum pulak. Ok ok meh umi bagi umair minum guna botol (sebab susu tu dah dicairkan. kalau belum maunyer saya bagi direct breast feeding). Hasilnya...


excellent! umair dah berjaya ^__^



Fine, tunggu papa balik petang ni ^__^

Wednesday, September 22, 2010

Umair 31 hari!

          Harini genap umur anak kami 31 hari. Pejam celik pejam celik dah sebulan yer umur anak ummi ni. Happy besday sayang! Tapi papa tak ada di rumah malam nih. Papa oncall :( Tetiba pulak sedih sebegini rupa. Sudah sudah pi tidur esok kena bangun awal. Ok, besok pagi kena pergi  klinik untuk injection vaksin (kalau tak silap tarikh la, aku pun belum check lagi). Umair sedang tidur dengan nyenyak sekali. Sebab tu aku boleh dok mentaip blog malam nih. HEHEHE
       Baiklah, mari lihat umair yang sudah dewasa (tp gambar ambik pada umur 30 hari).

nyenyak anak ummi tidur...

dah makin berisi...

suka dia senyum masa tidur

 Happy Birthday Sayang!!
       Umair ni, asik berbunyi-bunyi jer masa tidur. Tak khusyuk ummi nak mentaip. Ok lah, esok sambung lagi. Masuk tidur dulu. Sambung baca esok la yer T__T

Tuesday, September 21, 2010

Kepulangan Yang Dinantikan

Salam...
     Sudah lama tidak update blog nih. Sibuk serta malas untuk update. Eh, bukan malas. Tapi tak berkesempatan nak update setelah bergelar isteri (nanti kita citer pasal kahwin yer T_T ). Sekarang lagilah bertambah tidak sempat itu sebab dah tambah seorang lagi ahlli keluarga ^__^ Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan seorang putera. Eh tetiba jer putera. Takder2, saya bukan kahwin dengan anak raja pun. Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sekarang nih tengah tidur dalam pelukan ummi :) Kesian anak ummi kembung perut tak selesa nak tidur malam ni. Umair Al-Ameen tidur nyenyak sekarang. Papa di rumah Perlis tidur sorang-sorang. Kesian papa. Insyaallah lepas habis berpantang di Jitra, kita balik Perlis yer sayang.
     Tetiba jer rasa mengantuk. Baiklah, kita sambung blogging tomorrow. Saja jer nak warm up. hehehekeleh. Jom tidur dulu...