Friday, October 30, 2009

Cuti Kelepasan Kerja....


Atas permintaan FARAH AWATIF BINTI HARUN a.k.a adik aku. hahaha. aku postkan gambar-gambar eksiden abg cik dia a.k.a adik aku jugak ler ni...
al-kisahnya macamni.. 27 oktober 2009 selasa, aku bertolak dari rumah pukul730 pg terus hantar adik aku ke sekolah dulu. dalam kepala otak dah plan harini lepas punch card nk terus pi jumpa doc minta MC.aku rasa tak sihat dari semalam.baiklah.. masa tu aku drive keta sambil follow belakang motor amir. amir nak pi interview SPA dekat alor setar. sampai ja kat simpang highway ke Alor Setar-KL amir pun belok ke sana. aku terus jer ke sekolah. lepas drop adik kat gate sekolah, reverse keta tup-tup handphone membunyikan lagu dia. tak tau lagu apa ntah. aku pun xingat lagu-lagu handphone ni. aku tengok amir yang call.

"along, mai amik cik kat highway ni. cik eksiden."
"Hah! kat mana ni?!highway mana?"
"dekat tol lepas tasik darulaman."
"ok2 tunggu along pi sana."

aku pun memecut keta p hospital dulu punch card (hospital tu on da way ke highway tu jugak). tup-tup amir call lg,

"along, ni ada abang ni nak hantaq pi hospital jitra."
"eh, tunggu along pi sana."

aku pun terus memecut keta pi sana. lantak la, dah tak tengok meter keta dah. ebih kurang 2minit aku sampai dekat amir. "ya allah. luka banyak ni. boleh jalan ka ni?" darah meleleh-leleh kat kepala, kaki, tangan. baju seluar amir koyak rabak.

"boleh-boleh."
"mana motor?motor dah kunci ka?"
"dah-dah. jom pi hosptal. sakit ni..."
"ok ok naik keta," aku tolong buka pintu keta dan baringkan seat depan supaya senang amir nk baring.

Terus aku sekali lagi memecut ke hospital, park depan pintu emergency. aku pimpin amir masuk A&E. nmpak jer staff nurse aku tny ada kerusi roda tak? boleh dok terkebil-kebil tengok aku bawa amir. bukannya nak cepat-cepat amik kerusi roda. "ada-ada," nrse tu pun pi amik kerusi roda. aku tolak amir masuk ke dalam bilik rawatan. aku tinggal amir kat situ then pi alihkan keta sebab tadi sesuka hati park depan pintu macamlah keta aku tu ambulans.hahaha. aku masuk semula tengok-tengok takdak sorang pun nurse @ doktor @ MA yang mai rawat amir. sakit hati membara-bara.EEEEEIiiiiiiiiiiiiii geram tul. lembab! aku p tanya nurse tu, "akak, doktor takdak ka?..nurse tu jawab, "doktor ada baru masuk," pastu dia blah camtu jer. ish, camnilah hospital ni.geram aku..aku bawa amir masuk bilik tak tau la bilik apa kat situ. tapi tu bilik untuk sesi jahit menjahit lah...sempat aku menjeling dekat kaunter. Owh!ada ja doktor kat situ. malas aku nk panggil. dah nampak aku sorong amir masuk bilik tu pun dia buat tak tau jer. mungkin dia ingat aku doktor dari Hospital Sultanah Bahiyah kot. maklumlah aku pakai name tag dari sana. baru seminggu transfer ke Hospital Jitra. baikalah. aku pun eluar semula pi cari MA pulak.

"encik..encik MA ka?"
"yer saya. ada apa?" tanya pakcik tu. memang nampak dia ke sana ke sini sibuk cari apa ntah.
"nak minta tolong tengok adik saya, eksiden." sambil aku berjalan mengiringi MA tu ke bilik yang amir tengah terbaring tidur atas katil tak berbantal.

aku minta MA tu inject pain killer untuk amir. tak tahan aku tengok amir kesakitan. "sat-sat saya nak tengok dulu. dia pengsan tak tadi?"

"tak pengsan pun encik," jawab aku. geram jugak sebab dia tak nak inject pain killer. dah memang sure confirm sahih orang tu tengah sakit nak check-chek pulak...
"sapa yang bawa dia mai hospital?" tanya MA tu.
"saya la bawa dia."
"awat tak telefon ambulan," tanya pakcik tu lagi. ish, banyak soal pulak dia.
""dah tak terfikir nak telefon ambulan,"

lepastu mula la sesi mencuci luka dan menjahit luka. menggeliat amir masa MA tu dok cucci luka dia. aduuuuuuuuuhhhhhhh! tak tahan aku tengok. sakitnya ya allah.... ngeri aku tengok MA tu inject kt kepala dan kaki amir, then jahit luka kat situ. ok ok aku letak gambar dan video skali. sempat jugak aku rakam detik-detik bersejarah tu walaupun ngeri dok kat situ. tapi sempat jugak gelakkan amir dok tahan sakit.hehehe. sorry amir... ok ok ni haaa gambar dia...

jeng......
.

.
.
.
.
jeng......
.
.
.
.
.
.
jeng.......



Luka di kepala....



Ada 2 lubang di atas kaki amir...


Tengah di jahit lubang kaki tu...


Setelah selesai kelas jahitan ^_^


Luka di tangan kiri....


Luka di siku kiri...


Luka di perut near pinggang...






Luka tangan kanan. gambar terbalik. huhuhu


Siku kanan T___T

.
.
.
.
.
.

baiklah... ni video dia semasa luka dijahit dan dicuci....




ok..ok..turn aku lah pulak. lepas selesai uruskan amir, aku pi jumpa doktor amik MC dan amik ubat. terus balik umah. sampai di rumah, tegok luka amir terbuka macam tu jer. aku keluar pulak pi pharmacy beli gauze dan segala macam pembalut luka. sempat gak singgah beli kfc.huhuhu
sampai di rumah, aku balut semua luka amir then kami menjamu selera. lepas makan ubat terus tidoq tak sedarkan diri. demam selsema macam hujan. alhamdulillah setelah MC 2hari, aku kembali kerja dengan kesihatan yang semakin pulih ^__^

No comments: