Friday, October 28, 2011

Oh my sweet heart

Sudah 3bln suami saya kemalangan. beliau dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah kerana kemalangan pada 18/7/2011( ketika dalam perjalanan untuk membeli susu anak), di wad 3A bed 6. Diagnosis beliau:
1)MVA with CC (mb vs car)
2)open fracture right femur
3)fracture of left fibula and multiple ligament injjury
4)fracture of left ulna distal end

5)knee subluxation d/t multiple ligament injury
6)left foot drop
beliau telah menerima 4 pint darah kerana bnyk kehilangan darah. Pembedahan telah dibuat pada 19hb dari pukul 11pagi sehingga 8malam. Sangat berdebar menanti beliau keluar dari bilik pembedahan (dalam hati kenapalah lama sangat ni).Pukul 6petang Dr. Fauzi call saya dan memberitahu keadaan suami stabil dan alhamdulillah beliau menunjukkan improvement yang banyak pada masa sekarang. Pada mlm 18hb saya juga terpaksa dimasukkan di hospital yang sama kerana turun darah (pv bleeding) semasa menuggu beliau menjalani x-ray. Alhmdulillah pagi 20hb sudah dibenarkan keluar wad dan dapat jaga suami pula.



Kaki kanan suami yang patah dan dimasukkan besi ke dalam tulang beliau. Banyak darah sentiasa keluar dari sini selepas pembedahan.

Keadaan suami ketika di wad 6C. Luluh hati melihat suami terlantar menahan sakit.


Tapi sekarang alhamdulillah beliau sudah banyak sembuh dan mampu bergerak ke sana sini dengan bantuan kerusi roda, knee brace dan walking frame. Beliau sangat gigih dan bersemangat membuat latihan kaki dan tanngan. Saya sangat gembira. Hopefully suami saya dapat sembuh cepat. Amin...


Kami rindukan keadaan sebelum ini. Semoga Allah kurniaakan ;agi kami nikmat sebegini pada masa hadapan. Amin...
















No comments: