Friday, October 28, 2011

Oh my sweet heart

Sudah 3bln suami saya kemalangan. beliau dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah kerana kemalangan pada 18/7/2011( ketika dalam perjalanan untuk membeli susu anak), di wad 3A bed 6. Diagnosis beliau:
1)MVA with CC (mb vs car)
2)open fracture right femur
3)fracture of left fibula and multiple ligament injjury
4)fracture of left ulna distal end

5)knee subluxation d/t multiple ligament injury
6)left foot drop
beliau telah menerima 4 pint darah kerana bnyk kehilangan darah. Pembedahan telah dibuat pada 19hb dari pukul 11pagi sehingga 8malam. Sangat berdebar menanti beliau keluar dari bilik pembedahan (dalam hati kenapalah lama sangat ni).Pukul 6petang Dr. Fauzi call saya dan memberitahu keadaan suami stabil dan alhamdulillah beliau menunjukkan improvement yang banyak pada masa sekarang. Pada mlm 18hb saya juga terpaksa dimasukkan di hospital yang sama kerana turun darah (pv bleeding) semasa menuggu beliau menjalani x-ray. Alhmdulillah pagi 20hb sudah dibenarkan keluar wad dan dapat jaga suami pula.



Kaki kanan suami yang patah dan dimasukkan besi ke dalam tulang beliau. Banyak darah sentiasa keluar dari sini selepas pembedahan.

Keadaan suami ketika di wad 6C. Luluh hati melihat suami terlantar menahan sakit.


Tapi sekarang alhamdulillah beliau sudah banyak sembuh dan mampu bergerak ke sana sini dengan bantuan kerusi roda, knee brace dan walking frame. Beliau sangat gigih dan bersemangat membuat latihan kaki dan tanngan. Saya sangat gembira. Hopefully suami saya dapat sembuh cepat. Amin...


Kami rindukan keadaan sebelum ini. Semoga Allah kurniaakan ;agi kami nikmat sebegini pada masa hadapan. Amin...
















Thursday, March 10, 2011

Pemilik cintaku

Alhamdulillah saya dapat cuti seminggu(sangat beruntung walaupun saya bukan guru.sekarangkan musim cuti sekolah). suami akan bawa saya dan anak kesayangan balik kampung(wink wink suka dapat jalan-jalan HAHA).skrg tengah mengkemas barang untuk balik kampung. kadang-kadang kena susukan umair. so kerja jadi amat slow. diselang-selikan dengan telefon suami dan sms suami bagai tengah bercinta HAHAHA.baiklah umair dah sambung tidur.maka saya perlu sambung mengkemas kain baju.

I MISS U DARLING

esok kita jumpa yer! ;)
Published with Blogger-droid v1.6.7

Wednesday, February 16, 2011

Suamiku tersayang...

I L.O.V.E YOU 
Soooo Much Darling...


Terima kasih kerana menerimaku seadanya sebagai isterimu... Rasa macam tak percaya jer pejam celik pejam celik (jangan pejam tak celik celik dah ler) dah setahun 2 bulan sayang jadi isteri abang. Abang seorang suami yang prihatin, penuh dengan kasih sayang, amat mengambil berat keadaan sayang dan umair. Kami amat terharu sekali dengan kehadiran abang dalm hidup kami...

Ya Allah, aku bersyukur padaMu dengan anugerahMu yang amat bernilai ini. Alhamdulillah. Semoga aku dijauhkan dari mengkufuri segala nikmat yang Allah anugerahkan padaku. Berkatilah keluarga kami dan berilah kebahagian pada kami dunia dan akhirat.ameen..

I love you two so much

 OK tetiba teringat kenangan tahun lepas HEHEHEHE.

 Tengah sarat mengandung.
Balik jer dari konvo, terus admited wad untuk bersalin.


Abaaaannggg (sambil hulur tangan tapi jauh sangat).
Penat giler daki sampai ke puncak dengan perut besar masa ni. 
Sebab tu tak sempat masuk gambar.


 Mama, ayah dan adik yang setia menemani saya semasa di luar dewan konvokesyen. 
Terima kasih semua.


 Alhamdulillah.
Akhirnya menggenggam ijazah.


Monday, February 14, 2011

Nak jadi RAKSASA!

Kalaulah dapat bertukar menjadi RAKSASA, haa ambik kau padan muka dah jadi raksasa habis kena telan budak-budak kecik sebelah rumah saya ni (mungkin bebudak tu ingat taman ni parents korang jer yang duduk), apek yang lalu lalang menjerit surat khabar lamaaaa~~~~, orang yang bawa lori meng"HON" satu taman, kereta lalu-lalang dengan bunyi ekzos yang besar padahal kereta kecik tak laju mana pon (bunyi tak boleh blah) dan sapa-sapa sahaja yang racing depan rumah aku. Korang tahu tak anak aku nak tidur jangan buat bising. haiiipp biasa ni nak kena baru tau!

Harini sepanjang hari duduk di rumah menjaga umair. Sekejap sangat umair dapat tidor. Semauanya gara-gara orang yang disebut di atas tuh. Stresss bukan kepalang terus meLUAHkan di blog ini. Nak buat keja apa pun tak boleh, cuma sempat mengasingkan baju seluar kerja suami sangkut di hanger, menjemur kain baju, membasuh kain baju (mujur ada mesin basuh kalau tidak melonggoklah kau), iron sebelah kaki seluar suami, mandikan umair, curi-curi makan nasi (mujur curi dalam rumah sendiri) dan basuh pinggan mangkuk.

Sangat sakit hati dan tertekan. Baik jom kita buat rumah kedap bunyi baru anak-anak aman nak tidur.

Tapi bukan tidur yang aman begini!

Atau lebih praktikal tidur di sini...
Ok sure boleh tidur puas-puas lama mana yang kami suka. 
Budak-budak jiran sebelah korang nak jerit sampai keuar anak tekak!

Baik, sudah meMUNTAHkan segalanya di blog secara laju-laju (cuba muntah laju-laju sure penat tak boleh nafas). OK boleh rehat sekarang sebab sudah penat 'muntah' di sini.

Tuesday, February 8, 2011

4 Bulan


Pernah tonton drama 8BULAN ? Ramai yang suka tapi terlepas slot sebab terlalu banyak drama dan kerja untuk diingat (termasuklah saya HAHAHA) nak download tapi search tak jumpa jumpa. sighhhh OK kali ini mari tonton 4 bulan tapi bukan drama melayu. Ketika 4 bulan anak kami sudah pandai meniarap ketika dia tidur lena tetiba jer bangun meniarap dan mata tebuka luas (mungkin dia sendiri terkejut dengan kebolehan diri dia) Oooo boleh meniarap sendiri rupanya (dalam hati umair berkata-kata) Cewah macam tau tau jer apa umair cakap dalam hati. Instinct ibu lah katakan ^___^ kemudian sambung tidur dalam keadaan meniarap. Sangat comel bukan. Tapi selepas beberapa kali meniarap umair pun mula fedup dan tak mahu lagi meniarap. Si ibu susah hati pulak, anak orang lain 2@3 bulan sudah pandai meniarap.

Mari tonton 4 bulan....


 
Penat menahan nafas, kepala pun berat sangat nih