Cepat sungguh masa berlalu ( sebab rasa tak nak keja nak jadi surirumah. Boleh tak sayang? T__T ). Tak sanggup nak berpisah dengan umair dan suami. Cemburu melihat surirumah. Buat masa sekarang terpaksa berkorban jiwa berjauhan dengan suami ( itulah CINTA yang perlukan pengorbanan ). Membawa anak (cinta kami) tinggal di rumah parents di Jitra. Sedih. Kalau boleh nak suami tengok anak kesayangan kami membesar depan suami, dalam pelukan suami...
Sungguh sedih. Kesian umair terpaksa berjauhan dengan papa. Tapi umair belum mengerti dan selalu tersenyum. Ummmi pun selalu senyum tak nak papa umair susah hati walaupunn dalam hati ^___^
Ulang-alik. Bila semua ini akan berakhir? Saya sudah letih dengan aktiviti begini. Kalau boleh, setiap hari kami hendak bersama seperti ini...
Kalau boleh...
Baiklah, berhenti menangis sekarang dan SENYUM terpaksa . Jom tidur peluk umair yang sudah tembam. Cinta saya juga sudah tidur selepas menelefon saya sebentar tadi. Cinta sangat sangat. Rindu bagai ... (tak tau nak kata). Bila nak balik jumpa cinta? (nak kena bincang dulu).
TAMAT.
" Doaku, semoga suami terCINTA lululs exam Khamis depan. Amin... "
Ingat Allah, hati menjadi tenang.
Ingat Allah, hati menjadi tenang.
No comments:
Post a Comment