Wednesday, October 21, 2009

Pertukaran Hospital


sebelom tidoq dah niat dah, esok pagi nak pi keja lewat sikitlah. bukannya nak kena buat keja pun. nak lapor diri saja. so esok tak payah susah-susah nak punch card. apa ni? dah payah susah pulak tu.haih ^_^ esoknya memang betul-betul aku sampai lewat dekat tempat keja. pukul 8.04 pagi. memang terus-terus tak jadi nak pucnh card walaupun on da way tadi dah niat nk punch card.hehehe. Opps sorry. bukan tempat keja. tapi tempat untuk melaporkan diri, Bahagian Penguatkuasa Farmasi Negeri Kedah. baiklah. baiklah. sesampai saja aku kat enforcement (Bahagian Penguatkuasa tu la. lepas ni aku panggil enforcement saja), tunggu punya tunggu, pukul 8pagi dh jadi pukul 9pagi. pukul 9pagi dh tukar jadi pukul 10pagi. ceh tak keluaq-keluaq lagi ka penempatan kitorang ni? memang semua PRP yang ada kat situ dh bisinig-bising, panas hati tunggu lama-lama. tup-tup, dapat info kena tunngu sampai pukul 11pagi, board enforcement tengah meeting rombak semula penempatan kitorang. heh, kalau tau nak jadi macam ni, kitorang datang lapor diri pukul 12tgh hari. baiklah...


Ni haa surat tamat latihan siswazah (PRP a.k.a houseman). siksa giler jd PRP kt HSB! title PUAN ok. jangan terkejut yaaa...


Ni pulak surat pertukaran ke Hospital Jitra. Yahooo!!!! (mulanya aku di "retain"kan di HSB. tapi aku tukar dengan kwn aku.hehehe. lagi sekali title PUAN ^_^

sudahlah separuh hari dok menunggu announcement penempatan tu (masa diberitahu aku kekal di HSB, kecut giler muka aku. muka tak puas hati giler-giler ahh), kena pppulak tunggu sampai pukul 2.45petang untuk melaporkan diri di Jabatan Kesihatan Negeri pulak. kebetulan hari ahad lepas adalah hari melaporkan diri dan juga hari rehat panjang di jabatan-jabatan kesihatan. jabatan lain-lain saya tak tahu. melangutlah kami semua tunggu sampai habis waktu rehat. aiklah. lepas jer waktu rehat, kami semua pi melaporkan diri di JKN. lagi sekali penantian menyiksakan. menanti pembantu tadbir menaip-menaip surat untuk setiap orang yang pi melaporkan diri. tunggulah lagi.tunggu.tunggu...akhirnya penantian berakhir. pukul 4.30 petang aku dapat surat penempatan tu. kakak tu kata, "haa, hospital jitra ni sempat lagi balik lapor diri kat san." apa dia ingat dekat ka jitra dengan aloq setaq. kalau aku drive memecutkan kereta kesayangan aku tu pun membelah semua lampu merah belum tentu aku dapat sampai sebelum pukul 5petang. heh. sakit jugak hati time tu. dah la lama tunggu. alih-alih aku p hospital aloq setar untuk pulangkan semua harta mereka. access kad dan punch card saja yang perlu aku return. huhuhu. pastu sempat lagi dok bergambar dekat sana. fine T_T

keesokan harinya, isnin 19/10/2009 aku melaporkan diri di Hospital Jitra. ceh, bos pulak tak dak. cuti ka of entah. aku pun membawa diri melaporkan diri ke pejabat pentadbiran. dengan harapan dapat melaporkan diri terus dengan pengarah hospital tu. tup-tup pengarah pun tak dak, meeting dekat hospital kulim. baiklah. baiklah. semmua tak dak. alih0allih aku balik ke farmasi, merajinkan diri dispens ubat-ubat dekat kaunter pesakit luar. sebabnya aku pun ta tau post aku.

keesokan harinya sekali lagi aku pi kerja dan menunggu bos datang kerja. pukul 8.00 pagi bos belom menampakkan muka. rupanya dia maasuk pukul 8.30pagi. baiklah, tercangaklah aku tunggu dia. bila dia datang jer, terus aku masuk pejabat dia, melaporkan diri selaku pegawai baru di situ. aku dapat post clinical pharmacist. so lepas ni kena ward round. tapi jangan haraplah ward round jer, kena jugak tolong-tolong dispens kat kaunter tu bila ada masa lapang. ceh, dah la fail meja clinical pun belom ada. keja aku pun tak tau macam mana. aku yang nak kena create semua sendiri. nak suruh aku dispens kat kaunter jugak. banyaklah aku punya masa terluang. sabar-sabar. tapi awal-awal macam ni aku pun tak tau nak mula dari mana. so aku buatlah keja clinical slow-slow. baiklah. baiklah. dah terbebel banyak-banyak pulak. lainkali sambung lagi.

p/s: harini aku dah mulakan ward round dekat ward lelaki. buhsan giler round dengan doktor tu. senyap jer sepanjang round. yerlah, aku pun tak kenalkan diri aku. tup-tup jer ikut dia ward round. doktor tu pulak awatnya tak tanya aku dah tau aku ni asing kat ward kau. haih.
esok pulak roung lagi. tak tau nak pi ward mana pulak. dah la pening dengan bilik sendiri. kotor tak sempat nk mop lantai dan lap-lap meja. nak mintak cleaner tolong cuci, segan la pulak. sebab cleaner tu dok dekat dengan umah aku. sedara-mara aku pulak (baru perasan pagi tadi masa nak minta dia sapu sampah kat bilik, langut pandang muka dia rupa-rupanya aku kenal. selama ni aku jalan tunduk bawah jer konon-konon sopan lalu depan dia dok tengah sapu sampah, tak perasan sapa cleaner tu. hahaha). adeh, serba salah aku neh. baiklah, bersambung lagi di lain entry. chow!

1 comment:

Shaabana said...

Salaam,

Beshla dapat hospital jitra tu kan.. :D

Malam2 x letih? boleh tidoq lambat? Pi keja kuar umah kul 740? Isi minyak rm 30 pun tak tau bila nak habis??

JELES nih!! :P

Apapun, yang pasti x lama dah hang bergelar puan tu, hehe..

Tahniah, selamat menjadi pegawai farmasi klinikal yang berdedikasi.. :)