Kalaulah dapat bertukar menjadi RAKSASA, haa ambik kau padan muka dah jadi raksasa habis kena telan budak-budak kecik sebelah rumah saya ni (mungkin bebudak tu ingat taman ni parents korang jer yang duduk), apek yang lalu lalang menjerit
surat khabar lamaaaa~~~~, orang yang bawa lori meng"HON" satu taman, kereta lalu-lalang dengan bunyi ekzos yang besar padahal kereta kecik tak laju mana pon (bunyi tak boleh blah) dan sapa-sapa sahaja yang racing depan rumah aku. Korang tahu tak anak aku nak tidur jangan buat bising. haiiipp biasa ni nak kena baru tau!
Harini sepanjang hari duduk di rumah menjaga umair. Sekejap sangat umair dapat tidor. Semauanya gara-gara orang yang disebut di atas tuh. Stresss bukan kepalang terus meLUAHkan di blog ini. Nak buat keja apa pun tak boleh, cuma sempat mengasingkan baju seluar kerja suami sangkut di hanger, menjemur kain baju, membasuh kain baju (mujur ada mesin basuh kalau tidak melonggoklah kau), iron sebelah kaki seluar suami, mandikan umair, curi-curi makan nasi (mujur curi dalam rumah sendiri) dan basuh pinggan mangkuk.
Sangat sakit hati dan tertekan. Baik jom kita buat rumah kedap bunyi baru anak-anak aman nak tidur.
Tapi bukan tidur yang aman begini!
Atau lebih praktikal tidur di sini...
Ok sure boleh tidur puas-puas lama mana yang kami suka.
Budak-budak jiran sebelah korang nak jerit sampai keuar anak tekak!
Baik, sudah meMUNTAHkan segalanya di blog secara laju-laju (cuba muntah laju-laju sure penat tak boleh nafas). OK boleh rehat sekarang sebab sudah penat 'muntah' di sini.