Tuesday, November 15, 2016

TERINSPIRASI DENGAN KISAH SURIHATI MR. LORI

Saya terbaca sebuah kisah yang dikongsikan oleh Master Farihah di blog beliau yang bertajuk Inspirasi Mr. Lori. Ingin juga saya kongsikan dengan anda tentang kisah yang mencuit hati saya. Kisah seorang isteri dan juga ibu yang berusaha keras membantu suami menjana pendapatan untuk keluarga tercinta...

_______________________________________________________________________________



Bagaimana mencapai impian? Pastinya dengan kemahuan yang besar dan kuat. Saya nak bawakan kisah seorang leader Surijunior yang telah memberikan inspirasi untuk ramai orang termasuk diri saya sendiri

Jom kita baca: 

"Seawal usia 19 tahun saya sudah berumahtangga. Saya memiliki sijil SPM sahaja, berbeza dengan kalian yang memegang ijazah. 

Suami saya juga hanya memiliki SPM, seorang pemandu lori. Bekerja di pasar malam sejak usia 12 tahun dan pada usia 19 tahun, beliau memiliki lorinya sendiri. Saya nampak suami saya senang dan selepas kahwin hidup kami tiada masalah kewangan. Apa yang saya minta, dia tunaikan sama ada cepat atau lambat.




Hidup kami bahagia walaupun menghadapi dengan macam-macam orang cakap sebab saya kahwin awal. Pedulikan. Saya tak mengemis dari mereka. Kami sangat bahagia. Sehingga saya hamil, saya rasa nak ikut suami saya bekerja. Saya nak tengok macamana dia bekerja. 


Saya mengandung 6 minggu, saya ikut. Naik lori bersama. Saya ikut. Dan barulah saya sedar, Bagaimana suami saya bekerja. Susah, payah dan berhadapan dengan pelbagai risiko bahaya. Barulah saya tahu, dia mempertaruhkan nyawanya saban hari untuk mencari rezeki buat saya

Dari pagi kami ke Quari batu.tunggu batu .lepas tu masuk Quari tanah merah naik bukit2. Lepas tu masuk kandang babi nak cari batu bata dan pergi masuk sungai cari pasir . Saya tak malu suami sy kerja macam tu, malah saya bangga, suami saya bersusah payah mencari yang halal untuk kami.

Inilah sebahagian gambar tempat-tempat yang suami saya pergi dengan lorinya






Hati isteri mana yang tidak gundah fikirkan keselamatan suami? Setiap hari saya akan berdoa "Ya Allah, selamatkanlah suami ku ketika perginya dan pulangnya"

Setelah memiliki seorang anak, saya dikurniakan pula kandungan kembar. Saya rasa nak memiliki duit sendiri di samping bantu suami. Saya mula menjahit.Saya belajar dari buku & youtube. Saya ambil tempahan dan dapat upah. Seronoknya! Saya dapat beli kelengkapan baby kembar saya sendiri. Happynya! Dan saya juga membeli set hamil Shaklee berharga RM400+ dengan duit tabungan saya. 

Konsisten dengan set hamil Shaklee, saya merasakan keajaibannya. Walaupun hamil kembar, alahan saya beransur hilang, badan Cergas dan bertenaga.Doktor puji dan galakkan saya teruskan pengambilan set hamil Shaklee sepanjang mengandung. Saya bersalin kembar dengan mudah. 20 minit strong contraction sahaja. Syukur

Saya akhirnya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Nak beli harga murah sikit. Saya dimasukkan ke group coaching Dr. Normi, The Owesome Master. Oh!! Baru tahu Shaklee ni boleh buat duit. Bagus juga ya. Saya diperkenalkan dengan Master Farihah & Master Iffah, dua susuk tubuh yang sangat memberi inspirasi.



Saya mula berkongsi apa yang saya consume dan apa yang saya rasa. Produknya, testimoninya, kehebatannya, semuanya tentang Shaklee. Bonus bulan pertama saya RM127. Itu je? Penat betul sharing. Tak apa lah. Bulan pertama. Okla jugak tu kan.


Saya teruskan bisnes Shaklee. Berkongsi sepenuh hati. Kelek anak kembar depan belakang pergi branch. COD barang bawa anak-anak. Berhenti tepi jalan untuk menyusu, tersesat cari jalan sampai berbuka puasa dalam kereta. Susah dan payah. Tapi saya sangat gembira kerana membayangkan semua orang akan Sihat dan cergas macam saya.





Saya rank up ke Supervisor dengan bonus RM1900. Wow! Mata terbeliak! Suami terkejut! Dan saya teruskan bisnes ini. Kembangkan group. Membesar dan membesar sehinggalah saya ke tangga sekarang :)

Tapi itu cerita dulu, sekarang  saya tersenarai sebagai pemegang income bulanan 5 angka :) Pencapaian saya bukan sahaja memberikan kepuasan di hati saya, tapi memberi kebanggaan kepada suami, juga kehairanan kepada saudara mara.




Macamana dok di rumah, katanya Surirumah boleh beli kereta Hilux HD? Pelik. Inilah yang berlaku apabila saya berjaya keluarkan sebuah Hilux untuk kami. Bayar semuanya dengan bonus Shaklee 



Saya tempahkan baju cantik untuk suami dan belikan kasut mahal untuknya. Suami saya sebelum ini hanya pakai baju bundle saja untuk bekerja



Saya juga hadiahkan pakej anniversary istimewa untuk suami. 





Semua yang saya hadiahkan kepada suami tidak terbanding dengan jasanya mempertaruhkan keselamatannya dan nyawanya kepada kami sejak duli. Tapi kini, suami saya dah kurang bekerja seperti dahulu, dia ada masa yang banyak untuk saya dan anak-anak. Inilah bisnes yang saya usahakan dengan penuh keyakinan dan kegigihan dulu. Kini telah menunjukkan hasil. Saya masih dalam perjalanan ke Master Coordinator tapi apa yang saya nikmati melalui Shaklee sangat banyak dan membahagiakan.

Pesan saya untuk semua yang ingin berjaya dan mengubah kehidupan :

šŸŒ·Pastikan anda ada matlamat yang jelas
šŸŒ·Jauhkan menjadi Golongan Jabariah (meletakkan kebergantungan kepada ALLAH tanpa usaha)
šŸŒ·Kena ada Push Factor yang Kuat
šŸŒ·Saling berkomunikasi dengan anak2 /suami/keluarga
šŸŒ·Fikir apa orang lain akan dapat dengan bantuan kita 
šŸŒ·Gunakan diri sendiri sebagai pembakar semangat. Bukan tunggu orang suap motivasi
šŸŒ·Abaikan cakap orang
šŸŒ·Belajar ilmu baru
-Marketing
-Branding
-Produk
šŸŒ·Jangan pernah mengalah walaupun payah
šŸŒ·Sentiasa perbaiki kelemahan diri dengan ALLAH.
šŸŒ·Rajin ikut aktiviti Group/event Shaklee

Besarkan kelebihan diri, Jangan besarkan kelemahan diri"

__________________________________________________________________________________

Hebat kan? Dalam Shaklee memang macam ini, setiap orang layak berjaya. Tak kira siapa pun kita. Anda yang inginkan mentor bisnes, boleh hubungi saya : +6013 488 0521 Atau FB  ZARITH FIRDHA HARUN. 

Ok. Thanks for reading!

❤SID kesayangan anda : Firdha❤

Kredit: www.surijunior.com

No comments: